Friday, September 14, 2012

I've been busy with..

Just wanna share what I did during my free/bored/malas time..

One Piece - Monkey D. Luffy

Tangled - Rapunzel

In case you guys were G-Dragon's fans as well
This is the girl in his new MV called That XX
YG Kim Jenny

Just a random sketch of a lady
found a beautiful drawing from Majalah Gila-Gila
and I just..copy from the drawing :)

If you guys have a DeviantArt Account, we shall meet there. :)


Till then folks..Bubye :)

Tuesday, July 24, 2012

My Favorite Product 2012

Assalamualaikum..

Basically entry kali ini review product kesukaan saya, share share kat pembaca. Good product should be shared to others aitt aitt??


  1. Mustika Ratu Masker Bengkoang - Aku tengah pakai benda ni kat muka aku sekarang haha. Masker ni sangat sesuai dengan kulit aku yang berminyak. Tak menyengat kat kulit wajah kalau pakai, lepas cuci nanti rasa soft je kulit tau. Suka I. Satu tube besar tuh boleh tahan 4 bulan rasanya, ok lah. Harga dalam belas-belas macam tuh. But worth every penny, you wont regret if you have the same oily skin like me :)
  2. Green Tea & Chamomile Face Scrub  (Elianto) - Sebelum ni aku pakai face scrub dari Face Shop, Green Tea juga tapi dari Elianto ni lagi bagus sebab butir-butir kecil yang bertindak untuk scrub kulit tak terlalu kasar, lagi satu bau nya tak terlalu kuat macam yang Face Shop punya.
  3. Sun Guard Etude House - Aku dah pernah review sun guard ni sebelum ni, please click here :)
  4. Skinz UV White Eye Brightening Essence - So far aku tak ada masalah dengan pprodct ni, nampak jugak perubahannya sebab gegelang hitam pada keliling mata dah makin hilang. Dah tak ada dah mata panda, kulit akan menggelupas sedikit tapi tak terlalu mendadak.
  5. Neostrata Ultra Moisturizer - Hampir 5 bulan jugak pakai, yang ni perubahan pada kulit aku memang nampak mendadak. Bertindak dengan menggelupaskn kulit mati, kulit kusam sebab ada PHA.  Doktor Yap yang bagi, aku tak tahu kalau ada jual kat mana-mana product ni, tapi better dapatkan dari klinik kulit sebab doktor tahu mana satu product yang elok untuk kulit kan. Macam aku, setiap satu product yang aku pakai ni aku akan tanya doktor dulu, boleh pakai ke tak. Haaa gitu..Doktor Yap tuh macam consultant aku pulak kan. ngahaha.
  6. Epiduo Gel (Galderma) - Yang ini untuk jerawat. Bayangkan jerawat banyak kat wajah aku dulu sebiji pun tak datang singgah dah. Tak percaya nanti aku tunjuk wajah sebelum dan selepas. Sanggup ni nak bagi tengok wajah zaman makcik-belah-ayah-pun-tak-dapat-cam-sebab-banyak-jerawat. True story.. 

Duac Pimple Gel

Yang atas ni satu lagi krim jerawat, but this one untuk jerawat besar punya tuh hah. Kalau pakai 2 hari kemudian dah tak ada dah jerawat tuh. Pun jugak dapat dari Dr Yap. Pernah sekali tuh aku ke klinik lain sebab demam, aku datang sebab demam ya, tapi Dr klinik tuh perempuan cina, dia bagi aku satu tiub Duac Pimple Gel nih PERCUMA !!

Katanya "I kasihan tengok you punya kulit muka lah amoi, sangat teruk. Muka cantik tapi kulit manyak teruk wooo. You ambik ini, I bagi free haah. You mau lagi, you datang sini ambik ok?"

Terharu, sedu sedan aku, meleleh hingus balik rumah menangis meraung-raung dalam bilik. Ayat macm ni pun ada. Arghh abaikan..

So..this is the ugly truth..

mental breakdown - If I can describe my situation at this time

Jerawat kecil dan besar merata-rata kat kulit wajah, kulit wajah gatal-gatal. Parut di mana-mana, sangat sedih T______T.

Time nih baru putus cinta, satu lagi sebab ialah kerja berlambak, masa ni aku kena buat 4 ke 5 orang punya kerja dalam satu masa. Admin, Logistic, General Worker, Mak Cik Cleaner, Warehouse Assistant, perghhh sampaikan forklift pun aku dah boleh drift kehulur kehilir. Mak Cik belah ayah aku sampai tak kenal siapa aku, ini kisah benar.

Tak apa..aku bersyukur sebab aku masih kuat dalam macam-macam dugaan aku jumpa. Dasar manusia, time tuh lah aku baru nak menangis-nangis masa berdoa lepas solat, minta Allah macam-macam. Bagi aku hati yang kuat, memang dasar manusia ingat Tuhan time susah je.

Tapi Alhamdulillah, Allah jawab doa aku dengan cara yang sangat sudden. Semuanya hanya perlukan hati dan azam yang kuat. Yang selebihnya, itu semua terserah kepada Yang Maha Esa, bagaimana dan bila itu semua biar Allah yang tentukan :)

July 2012 :)
Jerawat dan parut memang dah hilang, masalahnya mentalnya masih begitu..tsk tsk tsk

Ok, till then peeps..Bubye :)

Wednesday, June 13, 2012

Product Review - Sun Guard Natural Covering SPF 42 from Etude House

Assalamualaikum..

Saya adalah seorang yang sangat-sangat menjaga kulit wajah sekarang, dulu tak. Sebab tuh jerawat timbul bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Dulu tak nak putih, kata hati redha je lah kulit gelap sebab malas nak jaga. Tapi mengaku dengan jujur, siapa yang tak nak putih bila kulit yang dulu putih mulus dah sikit lagi macam warna arang. Menyesal tak sudah..

Sebelum ni malas sangat nak pakai sunblock, sebab leceh nak pakai banyak benda kat wajah, nak cepat gi kerja. Tak kiralah, sekarang nih memang jaga sangat kulit nih, kalau tak, wa takkan nak berhabis duit ke klinik kulit Yap selama 5 bulan berturut-turut. Dr Yap pun dah kenal muka aku nih, siap tolak pakai jari telunjuk kat dahi nih sebab saya malas makan ubat. kah..ok tak lawak.

Sunblock sekarang nih adalah kawan baik wajah saya.

Sun Guard Natural Covering SPF 42 from Etude House


Etude House Sun Guard Natural Covering SPF 42
source Google Image

Saya beli bulan January 2012, sampai sekarang tak habis-habis lagi tau. Rasa macam baru je pakai separuh. Terkejut dengan ketahanannya, satu hari bukan pakai sekali je, saya pakai 2 kali, nak pergi kerja and lepas solat Zohor.

Sunblock nih bukan sahaja melindungi kulit dari cahaya matahari, malah bertindak sebagai base wajah. Baunya agak wangi, saya pakai ok je dengan baunya. Tekstur agak cair, senang nak apply kat kulit wajah. Will I buy it again in the future - YES !

Rutin pagi-pagi kalau pergi kerja ~

1. Cuci wajah dengan pencuci muka dari Klinik Dr Yap (cuci wajah pun siap ada teknik lagi, nanti saya bagi tips, kemudian hari ok?)
2. Sapu krim Neostrata - krim nih untuk menggelupaskan kulit so that parut jerawat yang hitam-hitam tuh semua jadi makin cerah. Juga dari Klinik Kulit Dr Yap.
3. Sapu Sun Guard Natural Covering SPF 42 from Etude House dengan rata ke seluruh wajah.

Itu je stepnya, saya tak pakai bedak. Jarang sangat pakai bedak sebab rasa macam tak perlu, pergi office je pun. Cuma sunblock haruslah sebab tempat kerja saya sangat panas. Siapa-siapa duduk kat Meru tuh fahamlah maksud saya nih.

Bezanya..

mari kita tengok tahun 2011 dan 2012 punya gambar ya kawan-kawan :)

Suzie Yusuh
2011
jerawat - check
kulit gelap - check
berminyak - check

Suzie Yusuh
2012
jerawat - none, ada pun bila "that time" of the month tiba
kulit gelap - dah cerah berbanding dulu
berminyak? - no more
tahi lalat kat hidung - masih ada kahkah

Tips-tips yang lain, nanti saya letak kat blog nih bila ada masa. Kalau ada masa, kehkeh.

Till then peeps ! Bubye :)

Tuesday, May 22, 2012

Sketching #2 ~

Assalamualaikum..

Siapa-siapa yang ada account Deviant Art boleh tengok saya punya sketch. Even tak berapa nak berbakat pun kan nak lukis lukis nih, but still ianya satu hobi yang aku rasa aku nak share. Heeee :)

Click here..

Semalam balik kerja terus bukak sketch book, mungkin sebab dah rasa macam ermmm..Macam tertekan dengan kerja kuut, entahlah, mood nak melukis nih datang tak tentu masa. Kalau nak lukis, terus lukis, kalau tak, mungkin berbulan lah tak bukak sketch book tuh..haha :)

tahi lalat atas bibir..sweet :)

waaa..hidung mancung leh, hekhek :P

Tangan dah malas jadi tak berapa nak teliti..huks :P

Dah malas dah malas..serabut rambut @_@

Till then peeps ! Peace yaw ! :)

Kalau nak tengok sketch yang 1st, click here :)

Sunday, April 8, 2012

Monday, February 6, 2012

Kek Batik

Assalamualaikum..

Selamat pagi readers !! Semalam sebelum perlawanan Manchester United vs Chelsea dan Malaysia vs Bahrain bermula, aku sempat buat kek batik. Heeee :)

Seronok kan game semalam? Even Malaysia kalah 2-1 dengan Bahrain, but still aku bangga dengan skuad negara kita. cewaahhh. hehe. Dan yang buat aku happy ialah semalam Manchester United berjaya serikan mata pada masa kedua. 2 goal penalti dari Rooney kesayangan hamba, dan satu dari Hernandez. Kacak sungguh mereka berdua, weeee. Siapa-siapa yang follow twitter aku akan nampak setiap minit aku tweet pasal perlawanan semalam. Gigih nih guna tab akak aku untuk online, walaupun tak berapa pandai guna. kahkah.

Ok ok..mari kita tengok resipi Kek Batik dari aku.

Kek Batik Zinnirah Humaira

Ahaha..siap ada nama lagi Kek Batik Zinnirah Humaira, dan alas meja yang sesuai dengan tema iaitu kain batik. Kehkeh.. Limau dari auntie cina tuan rumah kami, satu plastik besar beliau bagi.

Resepi asal dari blog masakan kegemaran aku iaitu Wendyinkk.blogspot.com.

Bahan-bahan

1. Biskut Marrie satu peket
2. Milo 200gm
3. Susu pekat - sepatutnya guna satu tin, tapi aku cuma letak 5 sudu besar untuk kurangkan manis.
4. 4 biji telur
5. 1 sudu teh vanila
6. 1/2 butter - nak senang beli Buttercup Butter dan potong separuh.

Cara-cara

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk plastik dan pukul dengan lembut, masukkan milo dan esen vanilla dan pukul sampai sebati.
  2. Bila dah sebati baru masukkan susu pekat dan kacau.
  3. Sediakan non stick pan dan bukak api sederhana, masukkan campuran milo tadi ke dalam non stick pan.
  4. Masukkan butter dan kacau sampai butter cair. Bila dah nampak pekat tuh boleh kecilkan api. 
  5. Tunggu 5 minit dan matikan api. Campuran tadi akan kelihatan pekat dan agak berketul-ketul sedikit bila dah masak. 
  6. Sediakan loyang, sepatutnya kena guna non stick baking paper untuk alas loyang, aku derhaka sikit tak letak non stick baking paper. Kahkah.
  7. Masukkan campuran milo untuk lapisan pertama, nipis je sepatutnya, tapi aku letak banyak pulak untuk layer pertama tuh yang nampak macam tebal semacam je milo tuh.
  8. Lapisan kedua biskut, dan ulang untuk beberapa kali sampai cukup untuk satu loyang.
  9. Masukkan dalam peti sejuk semalaman, esok pagi boleh makan. hehe
Senang je kan kan? Aku memang master of simplicity, kehkeh. Yang senang-senang aku pandai buat. Yang susah jangan suruh. Heee. Lepas nih nak try masak lauk pulak. Baru-baru nih suka sangat memasak kan, nak dekat hari nih. Hari apa? Ahaaa..tak lama lagi guwa update okeh? kehkeh.

Pagi nih aku letak je kat atas meja, anak-anak buah aku berkerumun semua kat meja sebab nampak coklat-coklat kat kek batik tuh. Yang Acap bukan main lagi dengan bahasa pelat budak baru nak bercakap "ante ante, dap ammammam." Haha, comel. Tapi aku tak tergoda, aku bagi sepotong je. Maknya kata tak boleh bagi banyak-banyak, nanti sakit perut. Sepotong pun Acap makan dengan berselera tau, comel sungguh tengok mulutnya comot dengan coklat. hehe.

Ok dah..till then peeps !! Daaaa :)

Note : Cakap pasal Bahrain, teringat kat Abang angkat saya..ngehehe. Hye Abang !! me miss you soooo much :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...