Tuesday, January 31, 2012

Putihkan Kulit Anda !

Assalamualaikum..

Sebenarnya, entry auto publish je nih. muahaha. 

Beberapa bulan ini saya sedang cuba untuk memutihkan kulit. Ya, betul tuh..Tak salah lagi, nak putihkan kulit sebab kulit dah tak selembut dan seputih dulu. Haha.

Ada beberapa tips yang saya jumpa di internet. Banyak juga kan cara nak putihkan kulit. Waduh waduh..mau pilih yang mana sih. Ramai yang ambil supplement vitamin C dan sebagainya, ada juga yang suntik suntik nih. Uhuks..tapi saya tak mahu cara yang sebegitu sekali untuk menjadi putih. Tak tak..

Jadi apa caranya yang lebih selamat dan natural?

Rutin harian saya pada waktu pagi..

5 am..dah bangun pagi, minum segelas air putih dengan kadar yang segera. Bersiap untuk sembahyang subuh.

7am..mandi dan sediakan pakaian untuk ke tempat kerja. Pakaian pilihan saya setiap hari nak ke tempat kerja ialah, baju putih, seluar jeans, stoking putih dan tudung bawal. Hampir setiap hari pakaian saya adalah sama. Haha. 

7.30am.. Lepas mandi, ambil losyen Vaseline Healthy Sunblock dan sapu di bahagian kaki serta tangan. Dan sapu Losyen Vaseline Extra White pada bahagian badan serta leher. Sapu sunblock pada wajah. Tak perlu sapu bedak dah. Malas..haha.

8.00am.. Panaskan motor, pakai glove dan pakai stoking. Pakai kasut dan pakai helmet. Helmet saya mempunyai kuasa tabir suria yang paling efektif. Muahaha.. Silalah beli helmet yang mempuanyai Sun-shield yang sangat tebal. Saya rasa sangat selamat daripada matahari kalau pakai helmet sebegini.

All in all..pagi sampai ke petang, saya akan sapu losyen setiap kali ada masa. Lepas solat, lepas cuci tangan dan sebagainya. Bau losyen je seharian. Haha.

Pakaian saya ke tempat kerja keseluruhannya menutup setiap bahagian kulit yang senang terdedah dengan cahaya matahari. Kecuali wajah, tapi kadang tutup juga muka dengan fail or at least kertas kalau keluar dari Office. Tempat kerja saya memang sangat panas, panas terik. Keluar sahaja dari office terus nampak matahari. Haaa...siapa kerja macam saya? Mesti faham apa yang saya rasa..Haha. Keinginan nak jadi putih makin meluap-luap kalau nampak ada bahagian kulit yang dah jadi agak gelap.

Malam pula kena juga jaga kulit. Lampu bilik anda juga boleh menyebabkan kulit gelap. Fakta yer kawan-kawan. Jadi apa yang perlu anda buat? Tutuplah lampu masa tidur. Pakai stoking tebal kalau nak tidur. Saya memang sediakan stoking yang tebal jenama Renoma semata-mata nak pakai time tidur. Tebal Stoking itu sangat-sangat selesa, saya dah siap-siap beli 3 pasang. kehkehkeh.

Setakat ini, bahagian kaki dan tangan dah nampak perbezaannya. Puas hati juga, tak sia-sia berusaha untuk sesuatu yang saya nak. Tips saya sangat kelakar, kalau nak ikut pun boleh, tak nak pun tak apa. Ngak kisah donk..heee :P

Itu sahaja. Til then u guys..Daaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...