Monday, February 6, 2012

Kek Batik

Assalamualaikum..

Selamat pagi readers !! Semalam sebelum perlawanan Manchester United vs Chelsea dan Malaysia vs Bahrain bermula, aku sempat buat kek batik. Heeee :)

Seronok kan game semalam? Even Malaysia kalah 2-1 dengan Bahrain, but still aku bangga dengan skuad negara kita. cewaahhh. hehe. Dan yang buat aku happy ialah semalam Manchester United berjaya serikan mata pada masa kedua. 2 goal penalti dari Rooney kesayangan hamba, dan satu dari Hernandez. Kacak sungguh mereka berdua, weeee. Siapa-siapa yang follow twitter aku akan nampak setiap minit aku tweet pasal perlawanan semalam. Gigih nih guna tab akak aku untuk online, walaupun tak berapa pandai guna. kahkah.

Ok ok..mari kita tengok resipi Kek Batik dari aku.

Kek Batik Zinnirah Humaira

Ahaha..siap ada nama lagi Kek Batik Zinnirah Humaira, dan alas meja yang sesuai dengan tema iaitu kain batik. Kehkeh.. Limau dari auntie cina tuan rumah kami, satu plastik besar beliau bagi.

Resepi asal dari blog masakan kegemaran aku iaitu Wendyinkk.blogspot.com.

Bahan-bahan

1. Biskut Marrie satu peket
2. Milo 200gm
3. Susu pekat - sepatutnya guna satu tin, tapi aku cuma letak 5 sudu besar untuk kurangkan manis.
4. 4 biji telur
5. 1 sudu teh vanila
6. 1/2 butter - nak senang beli Buttercup Butter dan potong separuh.

Cara-cara

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk plastik dan pukul dengan lembut, masukkan milo dan esen vanilla dan pukul sampai sebati.
  2. Bila dah sebati baru masukkan susu pekat dan kacau.
  3. Sediakan non stick pan dan bukak api sederhana, masukkan campuran milo tadi ke dalam non stick pan.
  4. Masukkan butter dan kacau sampai butter cair. Bila dah nampak pekat tuh boleh kecilkan api. 
  5. Tunggu 5 minit dan matikan api. Campuran tadi akan kelihatan pekat dan agak berketul-ketul sedikit bila dah masak. 
  6. Sediakan loyang, sepatutnya kena guna non stick baking paper untuk alas loyang, aku derhaka sikit tak letak non stick baking paper. Kahkah.
  7. Masukkan campuran milo untuk lapisan pertama, nipis je sepatutnya, tapi aku letak banyak pulak untuk layer pertama tuh yang nampak macam tebal semacam je milo tuh.
  8. Lapisan kedua biskut, dan ulang untuk beberapa kali sampai cukup untuk satu loyang.
  9. Masukkan dalam peti sejuk semalaman, esok pagi boleh makan. hehe
Senang je kan kan? Aku memang master of simplicity, kehkeh. Yang senang-senang aku pandai buat. Yang susah jangan suruh. Heee. Lepas nih nak try masak lauk pulak. Baru-baru nih suka sangat memasak kan, nak dekat hari nih. Hari apa? Ahaaa..tak lama lagi guwa update okeh? kehkeh.

Pagi nih aku letak je kat atas meja, anak-anak buah aku berkerumun semua kat meja sebab nampak coklat-coklat kat kek batik tuh. Yang Acap bukan main lagi dengan bahasa pelat budak baru nak bercakap "ante ante, dap ammammam." Haha, comel. Tapi aku tak tergoda, aku bagi sepotong je. Maknya kata tak boleh bagi banyak-banyak, nanti sakit perut. Sepotong pun Acap makan dengan berselera tau, comel sungguh tengok mulutnya comot dengan coklat. hehe.

Ok dah..till then peeps !! Daaaa :)

Note : Cakap pasal Bahrain, teringat kat Abang angkat saya..ngehehe. Hye Abang !! me miss you soooo much :)

3 comments:

lisa said...

sedapnya. must try! thanks sebab sharing :)

the puffy clouds said...
This comment has been removed by the author.
laraz-style said...

I penah buat kek batik... sedap! hehehe...

http://www.larazstyle.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...