Saturday, April 6, 2013

Tips untuk Masalah kulit Berjerawat - Epiduo Gel For Pimples

Assalamualaikum

Holla Mi Amor ! 

Oh aku memang suka bagi tips tentang bagaimana untuk hilangkan jerawat. Sebab aku pernah mengalami keadaan kulit wajah yang penuh dengan jerawat.

Dan lagi satu sebab, ramai sangat yang masuk ke blog dengan keyword "hilangkan jerawat" dan ramai jugak yang bertanya tentang Epiduo Cream..

Epiduo Gel
Epiduo Gel
source : Google Image

Ada yang tanya, ada jual kat mana Gel ni. Aku beli dari klinik kulit. Dan ada yang tanya kat klinik kulit mana ada jual, aku hanya beli di Klinik Kulit Yap di Klang sahaja.

Ada juga yang tanya.. 

"tempat lain tak ada? Saya tinggal kat JB/Melaka/Perak etc..susah lah nak pergi klinik kat Klang semata-mata nak beli gel ni, awak boleh belikan? saya bayar nanti awak pos kat saya"

Macam ni, aku bukan tak nak tolong, tapi disebabkan klinik ni hanya membenarkan aku beli setiap bulan satu gel sahaja, makanya aku tak dapat nak tolong kalian. Maaf sangat..

Tapi disebakan aku dah sayang pembaca aku *echeche*, maka aku pun survey satu-satu pharmacy untuk tanya tentang gel ni ada jual ke tak.

Yang paling selamat untuk aku cakap kat korang, boleh pergi ke Caring Pharmacy sebab aku dah tanya and dengan harga sekali aku survey untuk korang. Harganya ialah RM 54. Tapi satu sahaja kontranya ialah, korang kena tunggu seminggu sebab gel ni hanya boleh diorder baru boleh dapat. Haaa gitu..

Baik kan aku tolong tanyakan..kehkeh.

Aku ada review tentang gel ni sebelum ni, boleh click sini 

Tapi korang kena pergi kaunter Pharmacy Caring tu sendiri, and tanya kat pharmacist situ dorang akan check untuk korang. Jangan malas, epp eppp..aku dah tolong tanya korang kena lah usaha sikit. Kan senang kan? tak payah sampai ke Klinik Yap kat Klang, korang just cari kat pasaraya yang ada Pharmacy Caring ni and tanya. Mana-mana pasaraya ada Caring rasanya. Haa..jangan sampai gue marah. kui kui.

And kalau korang dah dapat beli Epiduo ni, kena rajin jugak apply kat kulit wajah setiap malam. Jangan malas and cepat putus asa. Kalau nak senang, beli Epiduo tuh terus beli 3 kotak. Satu tiub tuh boleh guna sampai sebulan setangah. Sebab apa aku nasihat korang beli 3 kotak terus, sebab payah korang nak beli je kena tunggu seminggu kan kan? so better beli 3 terus. Kecik je sebenarnya satu tiub Epiduo ni, tapi sangat berbaloi ok !

OK that's all ! till then :)

2 comments:

MuMmyLiL said...

awak pkai epiduo tu ok ke? sbb sy pkai lps tu merah2 kt tmpt jerawat tu..doc yg bg..skang tgl kesan2 lg ade skit2..

Suzie Yusuh said...

mymmylil : saya pakai ok, mmg mula-mula merah2 kulit, tapi lama2 dah ok :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...