Tuesday, September 8, 2015

Birthday Getaway - Part 2

Assalamualaikum,

Hari pertama sampai di JB, dah check in hotel semua, aku terus sambung tidur. Haha. Penat, sebab tak dapat nak tidur sangat dalam train.

Dah tidur, hilangkan penat bagai, petang tuh aku ingat nak keluar tukar duit Singapore dollar, macam mana lah aku boleh lupa nak tukar duit kan, tapi memang banyak yang aku lupa sebab last minute plan. Dekat Tune Hotel tak ada money changer ok. So, tepaksalah aku menapak ke bus stop, ingat nak naik bas, tapi bas pun macam nak tak nak je berhenti. So, aku try lah tahan teksi.

Memang susah nak cari teksi, tapi nasib aku memang baik hari tuh, macam yang aku cakap, berkat hari jadi aku mungkin. Ada teksi yang baru hantar orang balik ke hotel, aku terus tahan and then cakap nak gi tukar duit. So, dia bawak lah aku gi money changer paling dekat, aku tak ingat kat mana, but at least aku dah tukar duit untuk kegunaan emergency (bukan untuk shopping tau! :P)

Hari kedua, pukul 7am aku dah menunggu kat lobi untuk naik bas ke USS Singapore. Sesiapa yang memang niat dia hanya nak ke USS Singapore, masa booking hotel secara online, boleh lah ambik option Shuttle Bus to Singapore. Harga online lagi murah dari beli direct kat sana (murah RM2 seingat aku)

Singapore Trip
Otw to Singapore
Jam nya yang amat, first time aku tengok betapa banyaknya motor nak masuk Singapore

Turun je bas, terus naik escalator and then terus nampak Universal Studio Globe ni ya. Berhuhuhu lah beratur untuk masuk ke dalam USS. haha.

Universal Studio Singapore

Universal Studio Singapore
Aku pergi ni time weekdays ok, hari Khamis, but surprisingly, ramai orang. Beratur nak masuk tuh pun dah panjang, apatah lagi beratur nak main game dalam tuh kan. 

Universal Studio Singapore

Universal Studio Singapore - Minions

Universal Studio Singapore - Minions

Universal Studio Singapore
Siapa yang minat minions tuh haa boleh lah beli apa-apa kat souvenir shop ni. 
Macam-macam ada, patung, pen, cawan, payung etc..

Universal Studio Singapore
Makanan ringan macam ni banyak dijual, cuma aku datang sini untuk enjoy the ride.
so aku tak beli apa-apa makanan kat sana.

Universal Studio Singapore

Universal Studio Singapore

Hee..comel sangat penguin ni.
tapi tak tahulah kan orang yang kat dalam tuh pun comel atau tak. haahaa -___-


Water World USS Singapore
Tips kalau nak masuk Water World ni, tolong bawak baju hujan. huhu
Kalau tak nak kena air, duduk atas-atas sekali.
Siapa yang duk bawah tuh memang habis kena air

Cylon vs Human uss Singapore
This is the ultimate ride
Those who went to USS but they refuse to ride this, memang rugi..
aku naik 2 kali, atas tuh terjerit-jerit macam langsuir
orang sebelah relax je, budak pulak tuh.
Buat malu orang dewasa je aku ni..tsk tsk

Transformers at USS Singapore

USS Singapore
kesian kan ambik gambar sendiri-sendiri
pergi solo memang macam ni lah kan.

Transformers The Ride USS Singapore
Transformer the Ride ni pun best
pun 2 kali masuk :)
nak masuk kali ketiga tapi malu-malu kucing pulak aku, ishhh rugi pulak rasa

I really like all the buildings there, sebab rasa macam ada kat dunia fantasi gitu, haha.

USS Singapore

USS Singapore

USS Singapore

USS Singapore

USS Singapore

Shrek USS Singapore
Rumah Shrek..

Far Far Away USS Singapore

USS Singapore

Universal Studio Singapore

Universal Studio Singapore Globe
masa ni aku beranikan diri minta tolong orang ambikkan gambar aku.
ada rasa segan cuma.....kalau aku tak ambik gambar kat sini rasa rugi.haha

Ada beberapa tips yang aku boleh conclude.

  1. Bawak baju hujan, nak masuk Water World and nak tengok secara dekat memang kena pakai baju hujan. Takpun kalau kalau hari hujan, boleh pakai.
  2. Yang datang with tight budget and memang tak nak makan apa-apa, cuma nak main game, you should bring some bread or biscuits from JB with your own water bottle, sebab kat sana ada air free untuk isi botol.
  3. Enjoy the ride first, then only you take pictures. Seharian di sana, 2 kali aku pusing, means masa pusing kali pertama aku just enjoy whatever rides there is, kali kedua pusing tempat tuh baru aku ambik gambar puas-puas.
  4. Bawak wet tissues, u know why. (hint : toilet)
  5. Pakai kasut, jangan lah pakai selipar, haha. Sebab banyak berjalan, you need a very comfortable shoes.
  6. Naik roler coaster memang tak boleh bawak barang (HP, wallet etc), ride yang tak boleh bawak barang tuh contoh Battlestar Galactica and Revenge of The Mummy, ada disediakan locker kat 2 tempat nih, Revenge of The Mummy locker free for 45 minutes, while Battlestar Galactica locker free for 105 minutes (masa menunggu untuk naik lebih lama). Make sure you save all your belongings dalam locker before you ride, kalau tak memang tak boleh masuk.
Balik dari USS tuh penat seharian berjalan, terus masuk bilik baring and then lelap. lol. But I really enjoy my time there. Rasa macam tak puas lagi, heee.

Esoknya aku balik ke Klang naik train jugak, tapi kali ni yang duduk punya.

Train From JB to Kuala Lumpur

Train From JB to Kuala Lumpur

Aku rasa lah kan, plan last minute ni memang sesuai dengan aku, Walaupun last minute tapi menjadi, pergi berseorangan pulak tuh, huhuhu.

Ok, that's all..bye peeps !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...