Monday, September 14, 2015

Cara mendapat bibir yang merah dan sihat

Assalamualaikum,

Ada banyak tips yang boleh diamalkan, cari je kat google, mesti keluar banyak tips yang boleh diikuti. Yang penting hanya nak atau tak nak je.

So, kat sini I kongsikan yang mana mudah sahaja. Semudah hanya dapatkan bahan di dapur.

Bibir merah dan sihat


  1. Madu - sapukan madu di bibir setiap malam sebelum tidur. Sebolehnya masa gosok gigi tuh pastikan berus bibir sekali so that tak ada kulit mati, baru lah sapu madu. Boleh juga buat scrub bibir. Senang sahaja, hanya perlu letak gula di tapak tangan, baru letak madu, campur sebati baru gosok di bibir selama lebih kurang 5 minit. Buat seminggu sekali scrub, dan sapu madu di bibir setiap malam.
  2. Limau nipis - Perah limau nipis dalam satu bekas, masukkan 2 sudu makan air suam, sapu di bibir dan tinggalkan selama 15 minit. Baru bilas dengan air hangat.
  3. Mentega - Alternatif selain madu, sapukan mentega di bibir setiap malam selepas gosok gigi.
  4. Minyak Zaitun - Alternafif selain madu sebagai scrub, letak minyak zaitun dalam bekas kecil serta campurkan gula, gosok pada bibir selama 5 minit, dan bilas dengan air suam.
Selain menggunakan bahan-bahan semulajadi di atas, perlu juga amalkan tips di bawah :
  1. Jangan merokok atau kurangkan minum kopi.
  2. Sapukan lip balm yang mengandungi vitamin C pada bibir pada waktu siang atau sebelum keluar ke mana-mana.
  3. Kurangkan penggunaan lipstick. Menggunakan lipstick terlalu kerap boleh menyebabkan bibir menjadi gelap.
  4. Kurangkan kebiasaan menjilat bibir, kebiasaan ini dapat menyebabkan bibir menjadi lebih cepat untuk kering dan menjadi pucat.
  5. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan.
Amalkan selalu, anda akan nampak perbezaan dalam masa yang singkat.

That's all..Toodles !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...