Thursday, November 19, 2015

Memory in Medan Indonesia - Drinks !!

Hello there,

Satu benda yang aku paling senang nak ingat masa kat Medan dulu, air minuman di Medan.

Kalau kat sini air alpukat (Avocado) mahalnya mencecah RM7 - RM9, kat sana hanya RM3 - RM5 sahaja. Rasanya yang lemak-lemak tuh memang sedap, lagi-lagi tambah dengan coklat, nyum.. hurrrr craving dah ni. -__-||

So, setiap hari lah kalau aku ke restoran di Medan, order air confirm air alpukat. haha.


Air Alpukat (Avocado)

Satu hari tuh aku dan adik aku jalan-jalan lah ke Carefour di Medan, kerja kami berdua cari air minuman yang tak pernah kami jumpa di Malaysia. kahkahkah.

So, jumpa lah macam-macam. Murah pun murah bagi kami yang duk Malaysia ni. Tak taulah sekarang rasa murah lagi tak, tapi masa pergi bulan 5 tuh masih ok lagi matawang Malaysia. Heee...

Haha, tak ada kerja kita cari kerja. Dah alang-alang datang ke Medan, cari lah apa yang kami tak pernah lagi jumpa.

Aje Big Cola Indonesia
Ada AJE BIG Cola
Masa jumpa botol air ni, punya excited terjerit-jerit "woiiii bapak arrrr BESAR!!"
aku pun tak faham kenapa kena sebut "bapak" -_-

Teh Kotak
ada teh kotak, alaaah comel sangat

Teh Gelas
Teh gelas pun ada
Korang bukak kotak tuh nanti, dalam dia ada air teh dalam gelas.
Eh..
taklah, tipu je. Air teh kotak biasa je pun. hehe

Teh Botol
Teh Botol..biasa jumpa yang dalam botol punya
tapi yang ni versi dalam plastik tiub macam ni

Air Badak
Air badak kat sana rasa sarsi..huhu

Sebenarnya banyak lagi yang tak sempat nak explore masa tuh. Mungkin lepas ni kalau ke Medan lagi, aku dan adik aku kena luangkan satu hari datang ke pasaraya Carefour hanya untuk ambik gambar minuman dan makanan sahaja. hahahaha.

But but..air alpukat is still my favorite. Sangat recommended kalau datang Medan. Boleh dikatakan, hampir semua kedai makan/restoran ada jual air alpukat dan teh botol. Buah alpukat pun murah ya ampuuuuuun. Kat Malaysia RM4 satu biji, kat sana ikut kilo seingat aku, kalau aku congak tambah tolak, dalam 80sen je sebiji. Sebelum balik ke Malaysia hari tuh, kami sempat beli satu kotak buah Alpukat. Main redah je bawak ke airport, tak tau lepas ke tak, tapi Alhamdulillah lepas. haha.

Ok..that's all for now. Bye peeps !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...