Wednesday, January 27, 2016

Tips untuk lipstick tahan lama

Hello there,

Kali ni nak share tips untuk lipstick tahan lebih lama. Biasanya selepas makan, minum dalam sehari tuh, pasti lipstick akan jadi pudar atau jadi kering dan kulit mati akan kelihatan.

So kalau guna tips ni, lipstick akan lebih tahan lama dalam sehari.

Sebelum step bergambar di bawah, first thing korang kena buat ialah scrub bibir dan sapu Vaseline or lip balm pada bibir.

Cara yang paling mudah ialah guna je gula dan madu. Gosok pada bibir dengan lembut dan lap dengan tisu.

Kemudian sapu Vaseline atau apa-apa sahaja jenama lip balm yang korang ada.

Scrub untuk menghilang kulit mati supaya lipstick tak capuk nanti, vaseline pula untuk bagi lembab bibir.

And then boleh lah guna step di bawah.

Tips for Lipstick stay longer

1. Bibir yang dah discrub dan disapu vaseline.
2 & 3. Sapu gincu yang korang suka pada keseluruhan bibir.
4. Letak tisu pada celah bibir dan tekap bibir untuk buang lebihan lipstick.
5. Korang boleh guna bedak debu atau apa-apa sahaja bedak kompak yang ada. Better guna bedak debu. Aku guna Clinele Compact Powder sebab bedak debu I dah habis masa ni -__-"
6. Sapu sedikit bedak pada seluruh bibir.
7. Bibir yang sudah disapu bedak.
8. Oles sekali lagi gincu yang sama pada keseluruhan bibir.

And then tadaaaa.... siap dah.

Kalau korang nak nampakkan bibir menjadi lebih berdimensi, boleh lah sapu sedikit eyeshadow berwarna pink cerah atau warna putih glitter pada bahagian tengah bibir.

Memang tahan lama lipsticknya pada bibir untuk sehari. Kalau dulu lepas makan je dah pudar sikit.

Okay u gaisss..that's all for today.

See u guys in the next entry..peace !


===============================

Iklan

Jubah dan Blouse yang comel-comel boleh dibeli di Yeojahana.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...