Tuesday, April 4, 2017

Menulis

Assalamualaikum,

Hello.. Lama dah tak menaip ni. Rasa macam berkurun dah tak jejak blog sendiri.

Aku hampir lupa apa sebabnya masa mula-mula dulu aku create blog ni. Bila ingat balik, alasannya kenapa aku buat blog adalah sebab aku suka menulis, bercerita, dan berkongsi apa-apa sahaja yag menarik perhatian aku.

Dulu masa kecik, aku selalu habiskan masa menulis diari. Banyak.. ada lah dalam 10 buah buku juga aku jadikan diari. Semuanya aku tulis, dari cerita pasal keluarga, kawan, sekolah, kerja, semualah yang penting.

Kalau gaduh dengan adik beradik, aku habiskan masa aku tulis diari, cerita kenapa kami gaduh. Agak kelakar juga bila ingat balik, sebab ada ayat-ayat yang makan hati betul dalam diari tuh. Emosi budak-budak baru nak jadi remaja. Gaduh bukan sebab benda serious pun kadang, pasal berat sebelah adik beradik yang lain, kenapa kakak sayang adik lebih, selalu bekap adik lebih, kita ni macam anak terbuang, gituh lah.. budak-budak. haha

Aku tak berhenti langsung menulis diari, sampai aku tingkatan 5. Lepas tingkatan 5, dah mula berkerja, masa tuh semakin terhad untuk menulis diari. Aku kerja siang, belajar part time malam, mana ada masa. Balik pun dah pukul 11 malam, penat terus tidur.

Lepas beberapa bulan berekrja selepas SPM, masa tuh macam sekarang ni jugak lah, aku teringat balik aku suka menulis diari masa sekolah menengah, tapi macam tak sesuai je zaman sekarang ni bawa buku diari, jadi aku pun mula berjinak-jinak dengan blog.

Maka terciptalah blog Alfredshin ni.

Niat di hati nak lah, berkongsi apa-apa sahaja dalam blog ni, berkenalan dengan kawan-kawan baru, seronok bila fikir balik masa tuh. Aku habiskan masa mencantikkan blog aku, masa tuh warna-wani blog aku ni, siap ada lagu lagi, haha..

Tapi sebab dah dewasa dani, bukan budak-budak lagi, maka aku simple kan blog aku ni jadi macam sekarang. Tak ada lah orang pening nak baca. hihi

Selain diari, sebenarnya aku suka tulis cerpen, cerita cinta (uweek), cerita dongeng..

Adik aku suka gila dengan cerita dongeng aku. Sebab kenapa aku suka tulis cerita dongeng, sebab pengaruh Harry Potter. Even sampai sekarang aku peminat tegar Harry Potter. So aku pun tulis lah pasal magic segala bagai tuh. Seronok tau, bila adik baca dia suruh aku update cepat-cepat chapter yang seterusnya. Macam ada peminat pula, haha. Dia seorang je yang baca pun, tak ada orang lain, tak berani.

Tapi tak tahu mana pergi buku tuh, mana pergi diari aku, ada lagi simpan satu diari dalam laci bilik, malu nak baca balik sebab tulisan budak-budak, emosi tak tentu hala punya tulisan, tak membina minda pun. kahkahkah.

Wahh..seronok aku menaip ni, sebab aku taip nonstop, terus tulis apa yang aku fikir nak taip :)

Niat di hati aku, nak aktif balik menulis, bercerita, berkongsi. Dulu aku betul-betul komited dengan blog aku, satu hari aku boleh buat 3 entry. Sekarang setahun baru 2 atau 3 entry. Malu dengan diri sendiri, rasa macam dah tak macam dulu, dah tak menarik macam dulu, dah boring..

Menulis ni kan, bagus.. Kalau ingat balik dulu masa aku start tulis diari adalah sebab aku tak ada tempat nak luahkan apa yag aku rasa. Semua aku pendam sendiri, marah sedih gembira semua aku pendam. So bila aku ada diari tuh, aku rasa lega, rasa macam buku tuh tempat aku luahkan perasaan. Aku dibenarkan rasa marah, aku dibenarkan rasa menangis sambil menulis, aku dibenarkan merasa gembira yang teramat sangat sampaikan 4 atau 5 muka surat diari tuh penuh dengan luahan rasa gembira tuh.

Seronok kan?

Tapi aku harap tak ada orang yang jumpa diari aku tuh, sebab dalam tuh banyak sangat memaki orang. haha..

Semoga, semoga lah semoga, aku aktif kan diri balik menulis, atau menaip, aku nak rasa balik perasaan tuh. Bila kita excited nak menulis, itu lah perasaan yang aku nak rasa balik.

Ok lah.. aku menaip ni pukul 2.47am. Tadi aku pergi 99 Speedmarket, dia ada sale air tin nescafe tuh jadi RM 1 jer satu tin, aku beli 3, sekarang aku tak boleh tidur, esok kerja ni. haha padan muka

by Suzie Yusuh
4/4/2017 2.47am
baring sebelah Abu dalam bilik tidur
Abu kucing aku..

K bye


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...