Tuesday, April 4, 2017

Obses

Assalamualaikum,

Korang pernah tak terlalu obses dengan sesuatu sampaikan rasa macam tak boleh hidup tanpa benda tuh?

Aku pernah, banyak kali, dengan benda dan perkara yang berlainan.

Contoh masa kecil, aku obses dengan pensil tekan, aku rasa pensil tekan itu sesuatu yang sangat menarik, sangat unik. Sampaikan aku belajar sendiri, macam mana nak baiki pensil tekan yang rosak. Umur 10 tahun waktu tuh. Rasanya 3 tahun jugak aku terlalu obses dengan pensil tekan, aku tak beli banyak, aku beli satu dan aku akan jaga elok-elok, bila dia rosak aku baiki sampai boleh, sampai aku dapat guna balik..

Lepas pensil tekan, aku obses dengan ais batu. Yaa..ais batu. Gigit kunyah ais batu. Aku tak suka kunyah ais batu yang nampak licin, aku suka ais batu yang ada banyak ruang udara dalamnya. Rasa seronok mengunyah. Waktu tu aku sekolah menengah, kerja part time di warung nasi lemak. Banyak masa aku habiskan di tempat simpanan ais, hanya untuk mencari ais batu yang ada banyak ruang udara, dan mengunyah di situ krukkk krukkk. Gila...

Lepas satu ketika, aku obses dengan Shah Rukh Khan. tak tipu..

Pernah sekali aku menangis sebab terkenangkan nasib aku yang aku tak akan pernah berpeluang untuk berjumpa dengan Shah Rukh Khan. Masa tuh hebat penangan cerita Khabi Kushi Kabhi Gham, Kutch Kutch Ho Ta Hai, Kal Ho Na Ho, Mohabbatein banyak lagi.. Masa aku dapat tahu yang dia sebenarnya sudah berkahwin, aku rasa benci gila dengan wife dia, obses wehh obses.. haha

Kenapa lah dia hensem sangat dalam Kal Ho Naa Ho..


 Hai Rabba..

Lepas tu aku obses dengan Bigbang, terutamanya G-Dragon..

Pergi konsert diorang, beli album diorang, lagu semua aku hafal. Obses lagi..

Baru-baru ni aku perasan yang aku mulai obses dengan buku nota kosong. Buku nota, buku diari, apa-apa sahaja buku kosong. Pelik kan? aku pun pelik..

Aku beli buku nota, dan aku tak tulis apa-apa pun dalam buku tuh. Aku just nak beli je, dan simpan dalam laci. Kadang-kadang aku rasa macam kalau tak beli aku menyesal nanti. Kelakar lah.. korang ada rasa nak tunjal dahi aku tak? hahaha

Korang obses dengan apa? share lah :)


By Suzie Yusuh
4/4/2017 9.48PM
Nak cepat siap menaip ni
aku nak cari Abu, dari tadi dia tak balik-balik rumah
Aku rasa aku dah obses dengan Abu..lol


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...