Friday, November 24, 2017

Pulau Perhentian Kecil - Day 2

Assalamualaikum,

Okay mari sambung cerita percutian kami ke Perhentian Kecil.

Hari ke-2

Aku lupa nak mention dalam entry Perhentian Kecil - Day 1 sebelum ni. Masa hari pertama tu kami book siap-siap untuk snorkeling hari kedua. Kami pilih yang 5 spot punya, RM40 seorang.

1. Turtle Point
2. Shark Point
3. Perkampungan Nelayan (singgah makan tengahari)
4. Romantic Beach
5. Coral Garden

Macam mana nak book? sepanjang tepi pantai pulau ada tempat untuk beli pakej snorkeling. Standard harganya RM40 per pax untuk 5 spot.

Harga dah termasuk snorkeling gears. Korang kena hati-hati lah pakai fins dan mask snorkeling semua, kalau rosak atau patah kena bayar hanti rugi. huhu.

Tapi alhamdulillah kami semua jaga gears dengan baik dan berhati-hati.

So, pagi hari kedua tu sarapan dah disediakan pihak hotel Senja Bay Resort. Sarapan yang typical, ada nasi goreng, eggs and toast, mee goreng, etc.

Lepas sarapan, kami siap-siap untuk aktiviti snorkeling pula. Tepat pukul 10am kami dah ada kat tepi pantai tunggu tour guide kami bawa naik boat. Pilih-pilih snorkeling gears semua, pilih yang elok dan tak rosak. Make sure korang inspect betul2 mask snorkeling takut ada yang getahnya dah nak koyak.

Pulau Perhentian


sarapan di Senja Bay Restaurant

Pulau Perhentian
Okay all set, lets go !!

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian
tour guide kitorang baik gila
siap selam dalam air ambikkan gambar stingray ni kat bawah terumbu karang


Pulau Perhentian
haa ada pun nama tour guide yang bawak kitorang kat bot ni
YELLOW STATION
very recommended sebab tour guide awesome satu kepala dengan kitorang yang muda2 ni
*muda keerr?? haha


Pulau Perhentian



Cuaca waktu ni memang sangat baik, dan air laut sangat biru. Rasa macam tak percaya ada lautan yang begitu jernih macam kat perhetian ni sebab dah selalu sangat tengok air laut warna cekelet haha.

Stress hilang, mata nampak yang indah-indah sahaja, hirup udara yang segar, bagi aku percutian aku kat Perhentian Kecil ni memang sangat memuaskan hati.

Sesiapa yang belum pernah ke sana boleh dah kumpul wang dan buat planning untuk bercuti bersama keluarga, pasti tak akan menyesal. Sebolehnya pergi di bulan Jun ataupun July sebab waktu ni adalah paling cantik pemandangan dan air lautnya.

Tak banyak pun sebenarnya gambar masa pergi snorkeling ni, sebab kami nak betul-betul menikmati tempat tuh. Kebanyakan masa ambil video sebab lebih senang pakai gopro kawan aku. Dan yang banyak membantu kami punya tour guide, serious puas hati servis dia.

Masa kami kat shark point, ada satu kisah lucu kat port ni. Masa kami dah turun dari boat masuk dalam air, aku sebenarnya takut-takut nak masuk dalam air, membayangkan jerung kat dalam tuh. Yelah biasa jerung ni besar, ganas dalam movie dia makan orang, mestilah jadi seram nak masuk dalam air tuh.

Tapi geng-geng aku ni semua nya tak reti takut, masing-masing masuk dalam air semata-mata nak cari jerung. Yang aku pulak terapung je satu tempat tak nak bergerak kemana-mana. Hanya sesekali aku selamkan kepala nak tengok ikan-ikan kecil.

Masa aku tengah syok perhatikan ikan-ikan kecil tuh, tiba-tiba mata aku terpandang kat kawasan batu karang tuh ada benda besar bergerak. Masa ni otak aku cuma fikir itu jerung ! Memang betul pun tu ikan jerung. Boleh bayangkan tak aku panik gila, tengah pakai mask ni aku terjerit-jerit terkapai-kapai nak lari dari spot tuh. Aku ni dahlah tak pandai berenang, bergerak macam mana pun sebenarnya aku tak berganjak pun dari port tuh.

Masa dah terjerit-jerit tuh lah sepupu aku nampak aku lepas tuh berenag kearah aku tanya kenapa. Aku jerit jerung ! jerung !

Yang kelakar aku rasa masa ni geng-geng aku ni semua bukan peduli aku dalam keadaan panik, semua selam masukkan kepala nak tengok mana jerung tuh. hahahaha -__-||

Lepas dari situ aku tak duduk jauh-jauh dari diorang semua, aku ikut je ke mana diorang pergi. Aku yang penakut ni lah orang first nampak jerung tuh, yang tak penakut tuh pulak dah nak naik bot pergi port lain baru masing-masing nampak jerung tuh.

Eh ok lah, panjang pulak aku menaip ni.

Ok bye

Pulau Perhentian

Toodles !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...