Saturday, December 9, 2017

Rutin penjagaan wajah dan produk yang digunakan

Hi peeps !

Kalau korang dah selalu baca blog aku, pasti korang tahu yang dulu aku ada masalah kulit berjerawat yang sangat teruk. Boleh baca dalam entry SINI dan juga SINI .

Ada beberapa pembaca yang mintak aku share kat sini tentang rutin penjagaan wajah aku dan produk yang aku gunakan. Ada beberapa jenama produk yang aku gunakan berubah-ubah dari masa ke semasa tapi alhamdulillah tak ada masalah pun sebab aku sangat lah particular bila bab-bab penjagaan wajah ni. Hanya orang yang dah pernah alami kulit yang teruk macam aku ni sahaja yang akan faham bila kita sangat pentingkan produk untuk kulit wajah.

Okay tak nak taip mukadimah panjang-panjang. Mari mulaknan.

1. Cleanser/Sabun pencuci wajah

Benda ni sangat penting. Bila aku cakap sangat penting maksudnya korang HARUS ada pencuci wajah. Kalau tak ada jugak entahlah aku tak tahu nak cakap apa dah. haha.

Yang penting pastikan pencuci wajah yang korang gunakan tak merosakkan kulit. Tidak mengeringkan kulit dan pastikan tak ada bahan-bahan kimia yang sangat kuat.

Contoh bahan yang aku selalu elakkan dalam pencuci wajah adalah tiada Paraben, tiada alkohol dan tiada pewangi.

Aku guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Untuk yang kulit oily tuh ada satu lagi pencuci muka dari Cetaphil khas untuk oily skin, agak mahal untuk sebotol yang kecil tapi sangat berkesan.
2. Toner

Dulu aku sangat malas pakai toner. Tapi bila aku dah start pakai toner, aku baru sedar yang walaupun kita dah cuci muka macam mana rasa bersih pun, pori-pori kita masih lagi ada kotoran yang tak dapat dibersihkan menggunakan cleanser. Boleh baca entry aku pasal toner di SINI.

Dulu aku pakai Skin Malgem dari Eude House. Aku pakai selama dekat 3 tahun, tak pernah ganti.

Skin Malgem by Etude House

Tapi selepas dekat 3 tahun, tiba-tiba aku dapat tahu Etude House dah tak keluarkan lagi Skin Malgem. Sedih okay. Aku perasan yang parut jerawat aku berkurang dan kulit wajah aku jadi cerah lepas pakai toner ni.

Lepas tu aku terpaksa tukar toner lain, selepas lama try and error dan banyak juga dah toner yang aku beli, try, tak sesuai dan terpaksa bagi adik beradik aku yang lain. Diorang pakai okay je, haha. Kulit diorang tak sensitif macam aku.

Dan sekarang ni aku pakai toner daripada Thayers Alcohol Free Toner Witch Hazel Cucumber.

Thayers Toner

So far toner ni memang sesuai dengan aku. Dia tak buat kulit aku jadi merah-merah lepas pakai, sebab tiada kandungan alcohol. Compared to Skin Malgem yang memang ada kandungan alcohol yang buatkan kulit aku jadi pedih bila sapu kat bahagian yang berjerawat (tapi aku tetap suka sebab dia pudarkan parut jerawat hahahaha)

Korang kalau nak beli boleh beli kat Lazada.

Sebenarnya ada banyak jenis Toner Thayer ni, ada Original, Lavender, Cucumber, Rose Petal, Peach, Lemon, Unscented.

Aku beli yang cucumber punya. Tidak buatkan kulit rasa pedih, ada bau timun yang sangat fresh. Suka sangat bau dia. hehe. Dan sangat berkesan untuk hilangkan lebihan kotoran pada kulit muka selepas mencuci.




3. Serum

Okay, yang ni aku baru je berjinak-jinak pakai sebab aku rasa macam nak pakai. haa giteww.

Setakat ni baru satu je jenama serum yang aku dah cuba. And that is..


Honey Bee Venom Royal Propolis Serum daripada True Island.

Seriously best sangat serum ni. Ni memang review jujur aku, percayalah yang benda ni memang best. Untuk kulit aku yang super sensitif ni serum Honey Bee Venom ni memang sesuai gila dengan aku.

Tekstur dia tidak melekit dan dia agak berair. Aku perasan bila aku start pakai produk ni jerawat aku malu-malu nak keluar. So memang recommended lah serum ni. Boleh beli kat Nafura.my

4. Moisturizer / Pelembab wajah

Pelembab kulit ni sangat sangat penting. Korang takkan nak kalau kulit jadi sangat kering. Kalau tak nak kulit cepat berkedut, korang kena start pakai moisturizer. Sebab, kulit kering akan cepat dapat kedut, manakala kulit yang mempunyai kelembapan yang cukup akan lambat dapat kedut. Giteww..

Faham dak ni??

Aku dah banyak kali tukar moisturizer. Masa mula-mula dulu pakai jenama cetaphil. Okay yang ni bagus untuk kulit sensitif dan kering. Kulit aku berminyak, jadi agak tak sesuai sebab membuatkan kulit aku nampak laaaagi berminyak. Walapun sebenarnya jenama Cetaphil memang bagus, tapi aku stop so that aku tak nampak berkilau-kilau dari jauh akibat pantulan matahari pada kulit yang berminyak. hahaha :P


Lepas tu pakai pulak jenama Simple. Yang ni juga bagus. Jenama Simple ni sangat popular di UK. Banyak review yang bagus-bagus untuk jenama ni. Memang bagus, tapi aku jadi boring pakai sebab bau dia aku tak berapa minat. Rasa macam, eh malasnya nak pakai moisturizer sebab bau dia tak berapa berkenan kat hidung. haha. Tapi overall memang jenama ni bagus.


Lepas tuh aku start pulak pakai Honey Bee Venom Multi Solution daripada True Island. Okay ni favorite aku. Best gilaaa weh moisturizer ni. Bau best, hari-hari pakai rasa macam fresh gila bau dia. Dan bila combined pulak dengan serum dari True Island tadi, kombo yang sangat awesome !! Rasa kulit aku improved sangat ketara lepas pakai moisturizer ni dengan serum dari jenama yang sama. Insyaallah aku tak tukar dah moisturizer lain, haha.


Haa itu lah serba serbi produk penjagaan wajah yang aku gunakan sekarang. Terpulang pada diri masing-masing sebenarnya nak guna atau tak. Tapi kalau boleh start umur 20 tahun keatas dah boleh dah keluarkan bajet lebih sikit untuk penjagaan kulit wajah.

Tambah-tambah sikit boleh beli serum untuk keliling mata pulak. Boleh kurangkan mata panda. kehkehkeh.

Kesan setiap produk adalah berlainan bagi setiap orang. Tak boleh lah fikir, oh dia pakai okay, aku pun nak try mesti OKAY jugak. Tak tak.. sebab tu lah pentingnya try and error. Macam aku ni memang banyak dah produk yang aku gunakan, kalau sesuai aku teruskan, kalau tak sesuai aku tak teruskan, kalau boring dengan satu produk aku buat lah lagi try and error haaa giteww.

Boleh lah rajinkan diri pergi ke farmasi. Biasa produk daripada farmasi tuh dah memang ada kelulusan KKM, kat situ dah kurang sikit beban fikiran takut barang tuh datang daripada sumber atau kilang yang tak diiktiraf.

Okay lah ya..stop sini dulu. Next entry aku buat pulak versi produk makeup yang aku selalu guna. Mana tahu aku rajin aku buat video pulak, walaupun sebenarnya Cik Suzie ni ada sikit-sikit pemalu dia. *eh

okay bye..take care !!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...