Thursday, July 27, 2017

Suzie's Diary # 1

28th June 2017 - 12:02AM

As i was sitting on a couch today, my cat Abu was sitting near the front door, looking at the outside view. This is normal, he did this all the time.

I was reading a book at that time, i glance at Abu once in a while. He was really distracted with whatever is happening outside.

I made my own guesses, that he was listening to birds chirping, looking at butterflies flying, and once in while, turn his head around to the clicking sound of house lizards.

I wonder what's in his mind? Maybe

"oh I'm gonna catch those birds one day, that chirping sound of theirs is driving me nuts"

"One day I'm gonna learn how to fly just so I can catch all the butterflies, they're flying so happily it irritates me"

"That lizard again, it's mocking me coz everytime i catch it master will smack my head and force me to spit it out of my mouth. I'm gonna catch you too..one day"

As the time goes by, I realized I've spent a good 30 minutes thinking of what might be in Abu's head.

And this happen occasionally throughout the day coz i need to get my head off the John Grisham's book titled Rouge Lawyer once in a while. This book is making me thinking a lot. I've finished reading it btw, it's such a great novel. Although I dislike the ending, i need more, say..5 more pages? That will do..

Anyway.. tomorrow is working day. Not looking forward to it coz my boss texted me this morning about work, and I've just read it 1 hour ago. Didn't even switch on my phone for 3 days. Hah..

Toodles <3 p="">

Tuesday, April 4, 2017

Obses

Assalamualaikum,

Korang pernah tak terlalu obses dengan sesuatu sampaikan rasa macam tak boleh hidup tanpa benda tuh?

Aku pernah, banyak kali, dengan benda dan perkara yang berlainan.

Contoh masa kecil, aku obses dengan pensil tekan, aku rasa pensil tekan itu sesuatu yang sangat menarik, sangat unik. Sampaikan aku belajar sendiri, macam mana nak baiki pensil tekan yang rosak. Umur 10 tahun waktu tuh. Rasanya 3 tahun jugak aku terlalu obses dengan pensil tekan, aku tak beli banyak, aku beli satu dan aku akan jaga elok-elok, bila dia rosak aku baiki sampai boleh, sampai aku dapat guna balik..

Lepas pensil tekan, aku obses dengan ais batu. Yaa..ais batu. Gigit kunyah ais batu. Aku tak suka kunyah ais batu yang nampak licin, aku suka ais batu yang ada banyak ruang udara dalamnya. Rasa seronok mengunyah. Waktu tu aku sekolah menengah, kerja part time di warung nasi lemak. Banyak masa aku habiskan di tempat simpanan ais, hanya untuk mencari ais batu yang ada banyak ruang udara, dan mengunyah di situ krukkk krukkk. Gila...

Lepas satu ketika, aku obses dengan Shah Rukh Khan. tak tipu..

Pernah sekali aku menangis sebab terkenangkan nasib aku yang aku tak akan pernah berpeluang untuk berjumpa dengan Shah Rukh Khan. Masa tuh hebat penangan cerita Khabi Kushi Kabhi Gham, Kutch Kutch Ho Ta Hai, Kal Ho Na Ho, Mohabbatein banyak lagi.. Masa aku dapat tahu yang dia sebenarnya sudah berkahwin, aku rasa benci gila dengan wife dia, obses wehh obses.. haha

Kenapa lah dia hensem sangat dalam Kal Ho Naa Ho..


 Hai Rabba..

Lepas tu aku obses dengan Bigbang, terutamanya G-Dragon..

Pergi konsert diorang, beli album diorang, lagu semua aku hafal. Obses lagi..

Baru-baru ni aku perasan yang aku mulai obses dengan buku nota kosong. Buku nota, buku diari, apa-apa sahaja buku kosong. Pelik kan? aku pun pelik..

Aku beli buku nota, dan aku tak tulis apa-apa pun dalam buku tuh. Aku just nak beli je, dan simpan dalam laci. Kadang-kadang aku rasa macam kalau tak beli aku menyesal nanti. Kelakar lah.. korang ada rasa nak tunjal dahi aku tak? hahaha

Korang obses dengan apa? share lah :)


By Suzie Yusuh
4/4/2017 9.48PM
Nak cepat siap menaip ni
aku nak cari Abu, dari tadi dia tak balik-balik rumah
Aku rasa aku dah obses dengan Abu..lol


Menulis

Assalamualaikum,

Hello.. Lama dah tak menaip ni. Rasa macam berkurun dah tak jejak blog sendiri.

Aku hampir lupa apa sebabnya masa mula-mula dulu aku create blog ni. Bila ingat balik, alasannya kenapa aku buat blog adalah sebab aku suka menulis, bercerita, dan berkongsi apa-apa sahaja yag menarik perhatian aku.

Dulu masa kecik, aku selalu habiskan masa menulis diari. Banyak.. ada lah dalam 10 buah buku juga aku jadikan diari. Semuanya aku tulis, dari cerita pasal keluarga, kawan, sekolah, kerja, semualah yang penting.

Kalau gaduh dengan adik beradik, aku habiskan masa aku tulis diari, cerita kenapa kami gaduh. Agak kelakar juga bila ingat balik, sebab ada ayat-ayat yang makan hati betul dalam diari tuh. Emosi budak-budak baru nak jadi remaja. Gaduh bukan sebab benda serious pun kadang, pasal berat sebelah adik beradik yang lain, kenapa kakak sayang adik lebih, selalu bekap adik lebih, kita ni macam anak terbuang, gituh lah.. budak-budak. haha

Aku tak berhenti langsung menulis diari, sampai aku tingkatan 5. Lepas tingkatan 5, dah mula berkerja, masa tuh semakin terhad untuk menulis diari. Aku kerja siang, belajar part time malam, mana ada masa. Balik pun dah pukul 11 malam, penat terus tidur.

Lepas beberapa bulan berekrja selepas SPM, masa tuh macam sekarang ni jugak lah, aku teringat balik aku suka menulis diari masa sekolah menengah, tapi macam tak sesuai je zaman sekarang ni bawa buku diari, jadi aku pun mula berjinak-jinak dengan blog.

Maka terciptalah blog Alfredshin ni.

Niat di hati nak lah, berkongsi apa-apa sahaja dalam blog ni, berkenalan dengan kawan-kawan baru, seronok bila fikir balik masa tuh. Aku habiskan masa mencantikkan blog aku, masa tuh warna-wani blog aku ni, siap ada lagu lagi, haha..

Tapi sebab dah dewasa dani, bukan budak-budak lagi, maka aku simple kan blog aku ni jadi macam sekarang. Tak ada lah orang pening nak baca. hihi

Selain diari, sebenarnya aku suka tulis cerpen, cerita cinta (uweek), cerita dongeng..

Adik aku suka gila dengan cerita dongeng aku. Sebab kenapa aku suka tulis cerita dongeng, sebab pengaruh Harry Potter. Even sampai sekarang aku peminat tegar Harry Potter. So aku pun tulis lah pasal magic segala bagai tuh. Seronok tau, bila adik baca dia suruh aku update cepat-cepat chapter yang seterusnya. Macam ada peminat pula, haha. Dia seorang je yang baca pun, tak ada orang lain, tak berani.

Tapi tak tahu mana pergi buku tuh, mana pergi diari aku, ada lagi simpan satu diari dalam laci bilik, malu nak baca balik sebab tulisan budak-budak, emosi tak tentu hala punya tulisan, tak membina minda pun. kahkahkah.

Wahh..seronok aku menaip ni, sebab aku taip nonstop, terus tulis apa yang aku fikir nak taip :)

Niat di hati aku, nak aktif balik menulis, bercerita, berkongsi. Dulu aku betul-betul komited dengan blog aku, satu hari aku boleh buat 3 entry. Sekarang setahun baru 2 atau 3 entry. Malu dengan diri sendiri, rasa macam dah tak macam dulu, dah tak menarik macam dulu, dah boring..

Menulis ni kan, bagus.. Kalau ingat balik dulu masa aku start tulis diari adalah sebab aku tak ada tempat nak luahkan apa yag aku rasa. Semua aku pendam sendiri, marah sedih gembira semua aku pendam. So bila aku ada diari tuh, aku rasa lega, rasa macam buku tuh tempat aku luahkan perasaan. Aku dibenarkan rasa marah, aku dibenarkan rasa menangis sambil menulis, aku dibenarkan merasa gembira yang teramat sangat sampaikan 4 atau 5 muka surat diari tuh penuh dengan luahan rasa gembira tuh.

Seronok kan?

Tapi aku harap tak ada orang yang jumpa diari aku tuh, sebab dalam tuh banyak sangat memaki orang. haha..

Semoga, semoga lah semoga, aku aktif kan diri balik menulis, atau menaip, aku nak rasa balik perasaan tuh. Bila kita excited nak menulis, itu lah perasaan yang aku nak rasa balik.

Ok lah.. aku menaip ni pukul 2.47am. Tadi aku pergi 99 Speedmarket, dia ada sale air tin nescafe tuh jadi RM 1 jer satu tin, aku beli 3, sekarang aku tak boleh tidur, esok kerja ni. haha padan muka

by Suzie Yusuh
4/4/2017 2.47am
baring sebelah Abu dalam bilik tidur
Abu kucing aku..

K bye


Friday, February 17, 2017

TIPS - Hilangkan Jerawat Belakang Badan

Hello you guys !

Okay harini I just nak berkongsi tips macam mana I hilangkan jerawat di belakang badan.

Rasanya ramai ada masalah jerawat belakang badan ni.

Antara sebab-sebab jerawat belakang badan ni ialah :

1. Hormon
2. Terlalu banyak makan makanan pedas atau berlemak
3. Penggunaan ubat tertentu
4. Stress

Cara-cara nak menghindari dari munculnya jerawat belakang badan ni mudah je.


  • Banyakkan makan buah-buahan.
  • Minum banyak air (8 gelas sehari)
  • Mandi 2 kali sehari, jangan malas ! hehe. Dah berpeluh jogging ke apa, jangan terus mandi, bagi peluh kering dulu baru mandi. Jerawat dan panau pulak nanti muncul.
  • Jaga makan, kalau boleh kurangkan lah makanan berminyak dan berlemak sangat. Faktor makanan ni yang paling kena jaga. okay? :)
  • Pakai baju yang longgar, jangan terlalu ketat. Sebab baju yang ketat dan berkemungkinan tak menyerap peluh boleh menyebabkan jerawat di belakang badan.
  • Boleh guna bahan-bahan seperti buah lemon, tomato, soda bikarbonat dan putih telur untuk disapu pada belakang badan untuk hilangkan jerawat.
Dan yang ni guna produk. Setakat ni I guna ni pun dah memadai.

Sabun Susu Beras !


Buat yang malas nak guna kaedah yang kat atas tuh, boleh lah beli sabun ni je. Agak mahal sebenarnya. Kadang kedai jamu ada yang jual satu ketul RM10, atau paling murah pun RM5.

Wangi pun wangi, dan boleh juga cerahkan kulit. I seriously suka sangat dengan bau sabun susu beras ni.

Okay, kalau ada sesiapa yang nak murah dan duk area Port Klang dan Klang, boleh lah whatsapp 0183136218. Free COD kalau area dekat-dekat Port Klang.

RM 4 - 1 pc
RM 8 - 2 pcs
RM 10 - 3 pcs

Kalau beli lebih dari 10 pcs harga jadi RM 3 seketul.

Okay that's all you guys. See you guys in the next post!!

Toodles :)

Wednesday, November 9, 2016

Nak Lip Cream yang murah, cantik dan matte? - FAME Lip Cream -

Assalamualaikum,

Heyy korang, fuhh lama gila tak update blog ya. haha. *garu kepala sambil gelak sendirian*

I ni jarang sangat pakai lipstick or lipcream bertekstur Matte. Sebab apa, sebab bibir I cepat kering dan menggelupas. Jadi tak sesuai pakai Matte lipstick.

I pernah beli NYX Matte Lip Cream, suka warna dia, tapi setiap kali pakai, lepas 1 jam bibir nampak bercapuk dan menggelupas.

Itu lah first time I beli Matte Lip Cream, jauh juga nak belinya, di Sephora Sunway Pyramid, I ni dah lah tinggal kat Port Klang. -_-"

TAPI TAPI TAPI !!!

Walaupun tak sesuai di bibir I, I still nak bagi peluang untuk lipstick dan lip cream Matte. So, bila nampak ada kawan post di FB pasal FAME Lip Cream Matte finish ni, I pun google all the review.

FAME Lip Cream

And then I found out ramai MUA yang pakai FAME Lip Cream ni untuk client masing-masing. Review semua bagus. Warna dia pun I dah jatuh cinta, especially code Fuschia dan Nude tuh.






Cantik sangat warna-warna dia. And then review semua kata tekstur dia walaupun matte tapi langsung tak terasa kering di bibir. Lagi lah I suka. *lompat bintang

Candy

Nude

Desire

Party

Fuschia

Gossip

Violet

So I pun beli lah semua. HAHAHAHAHA *gelak kesian sebab pokai T__T

Dari kiri : 
Candy, Nude, Desire, Party, Fuschia, Gossip, Violet

Owh and then, FAME Cosmetic ada keluarkan versi Limited Edition punya. Ya ampunnnnnn cantik sangat.

Code Topaz dan Glam.

FAME Limited Edition Code Topaz and Glam

I teringin nak pakai yang Glam tuh. Nanti lah tunggu gaji. haha :P

Korang kalau nak order boleh lah Whatsapp 0172609578 atau 0183136218 okay.

COD area Pandamaran/Port Klang/Meru/Setia Alam/Bukit Tinggi Klang.

Tak rugi beli. Murah memang murah. Fame Lip Cream cuma RM29, Set Limited Edition tuh RM70 dapat 2 code, Topaz dan Glam. hihi

Okay you guys, see u in the next entry.

Toodles !!

Eh lupa nak post satu gambar I pakai Violet :P

>___<

Bye teheeee

Wednesday, June 1, 2016

Makeup Review : Sri Pengantin (Kilatkan Muka)

Hey there !

Waktu dulu masa aku masih noob lagi bab mekap ni, selalu tertanya-tanya apa yang membuatkan wajah pengantin ni berseri-seri bak nur menerangi wajah gitu. lol..

Sekarang dah serious jadi makeup artist ni barulah tahu sebenarnya guna highlighter je pun nye pun..

Contoh gambar yang guna highlighter.

Yang ni guna very soft je, tak perlu heavy.

while this one nampak very strong and heavy highlighter disapu pada tulang pipi

About 2 months ago kakak aku huhaa huhaa bagitahu aku ada satu product ni boleh kilatkan muka. Fuhhh i was wondering lah kan apa benda lah yang dia heboh sangat ni.

And it turn out to be this..

Makeup Review : Sri Pengantin (Kilatkan Muka)
Betul lah tuh, namanya pun Sri Pengantin (Kilatkan Muka)
kekekeke

I was skeptical at first if this product is good. But it turn out to be good i tell you that.

Makeup Review : Sri Pengantin (Kilatkan Muka)
Side view

Makeup Review : Sri Pengantin (Kilatkan Muka)
opened lid

Makeup Review : Sri Pengantin (Kilatkan Muka)
First swatch

Makeup Review : Sri Pengantin (Kilatkan Muka)
After blending it on my hand a little bit

Dalam gambar nampak macam bedak sahaja, tapi sebenarnya bila sapu kat tulang pipi nampak glowing gitu.

Boleh pilih kalau nak sapu lebih dia akan nampak laaaagi glowing, kalau nak nampak soft sahaja, boleh lah sapu sedikit sahaja. Warnanya lebih kearah very soft pearl pink. Tak ada lah nampak macam putih melepak nanti nampak pucat pulak kan. Lepas sapu blusher sapu produk ni kat bahagian tulang pipi dan walahh baru lah nampak berseri lebih sikit wajah kita lepas mekap.

Didatangkan dalam bentuk serbuk dan krim juga. Siapa yang tak suka messy-messy ni dan tak berapa nak berhati-hati dengan product berbentuk serbuk, boleh lah try yang krim punya.

Setakat ni I guna kat client memang puas hati.

Sesiapa yang nak beli boleh lah ke facebook Yeoja Hana.

Atau whatsapp 0172609578/0183136218

Harga : RM 25 untuk serbuk/ RM 20 untuk krim (psss boleh dapat lebih murah kalau beli banyak)

Boleh lah kalau korang nak try bagi glowing sikit makeup. hihi

And support product orang kita okay !

Toodles !

Tuesday, May 31, 2016

Makeup Review : Elianto Brilliant Riche Lip Colour

Hey there you guys !

I'm back after a very loooong hiatus. My last entry was back in January and I now I felt a little bit weird when finally i'm typing for a new blog post.

Enough with all the yada yada and back to the review.

Elianto Brilliant Riche Lip Colour

Elianto has been my favorite makeup brand since the first day get very serious with makeup junkies. It's very affordable for someone like me (very berjimat coz I aint rich mama).

I bought 3 of the Elianto Brilliant Riche Lip Colour shade and I don't regret it coz this thang is surprisingly good !!

Makeup Review : Elianto Brilliant Riche Lip Colour

Makeup Review : Elianto Brilliant Riche Lip Colour

Makeup Review : Elianto Brilliant Riche Lip Colour
from left : code 02, code 312, code 06

Makeup Review : Elianto Brilliant Riche Lip Colour
I used a combination of code 02 + code 312 on this lovely client
Not too striking and looks so soft on her lips

  • It's matte lip colours and it dried on your lips instantly.
  • So even if you eat or drink it'll stick on your lips like glue. hahaha
  • I use a wet tissue to remove it once and I tell you, it was so hard to remove them I look like a crazy lady with lipstick stain all around my mouth.
kinda look like this but what the fish why is she still look so pretty!?
i look ugly..i kid u not
  • Use oil base makeup remover and it's all good.
  • Suitable for a day long event
  • Super affordable (RM 31.90), well if you compare it to any other high end matte lipstick
  • For those who want to try a matte lipstick, you can give this as your first try.
  • Plus, you can buy them online !


There are 11 shade to choose from


That's all for today, go buy em girlfriends !

Toodles !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...