Wednesday, September 6, 2017

Minyak Angin Yang Best !

Assalamualaikum,

Masa kecil dulu aku suka sangat dengan bau minyak angin cap kapak. Boleh gian dengan bau dia, sapu kat kain and then hidu sambil tidur. Best sangat bau minyak angin ni.

Minyak angin cap kapak

Dah dewasa sikit, tersuka pulak dengan bau minyak angin Yu Yee. Kakak-kakak aku selalu sapu minyak Yu Yee kan perut anak-anak dia lepas mandi. Mungkin sebab minyak angin ni tak terlalu panas, so memang sesuai lah untuk anak kecil.

Minyak Yu Yee

Banyak lagi sebenarnya minyak angin yang bau dia aku suka, kadang aku pun confuse aku suka bau dia atau kegunaannya yang bagus untuk hilangkan pening kepala, loya etc. haha. 

Baru-baru ni sepupu aku datang rumah, aku nampak dia sapu something kat tengkuk dia. Yang buat aku makin tertarik tuh sebab bau dia wangi giler.

Mula-mula ingatkan minyak wangi, sebab macam pelik pulak dia nak pakai minyak wangi buat apa kat rumah aku. Padahal tengah duduk lepak kat ruang tamu tengok tv je pun. haha.

So bila tanya, baru tahu yang dia sapu tu minyak angin aromatherapy Fresh Care.

Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care

10 flavor Fresh Care Aromatherapy oil :

🌸Citrus 
🌸Strong 
🌸Sandal Wood
🌸Sport
🌸Green Tea
🌸Lavender
🌸Splash Fruity
🌸Passion Fruit (teen)
🌸Bubble Gum ( teen)
🌸Happy Cherry (teen)

Yang sepupu aku pakai tuh bau citrus. Dia beli di bandung sebab ayah dia ada business kat sana so selalu jugak dia ulang alik ke Bandung visit ayahnya.

Kalau ada sesiapa yang nak beli minyak angin ni boleh lah click SINI.

Harga dia satu botol RM 10. Kalau beli 3 jenis dapatlah sebotol RM 8. 


Ni je flavor yang available sekarang ni. Citrus, Strong, Lavender, Green Tea, Passion Fruit dan Bubble Gum.

Bau Bubble Gum tuh serious macam bau gula-gula getah. haha.

Selain boleh hilangkan pening, mabuk perjalanan, masuk angin etc, boleh jadi minyak wangi sekali sebab wangi bau dia. Yang remaja, budak-budak sekolah tu boleh lah pakai bau bubble gum or passion fruit tuh sebab bau dia memang untuk Teen.

Yang dewasa boleh try Citrus, bau dia wangi dan menyenangkan. Sesuai letak kat office, kalau stress and pening boleh sapu kat tengkuk or kepala. hehe.

Okay that's all. See yaa in the next entry ! 

Toodles !

Wednesday, August 30, 2017

Pulau Perhentian Kecil - Day 1

Assalamualaikum

Hello boys and girls.

Harini rajin sikit, jadi aku nak share pengalaman aku holiday di Pulau Perhentian Kecil. Walaupun sebenarnya ramai dah yang share pasal Pulau Perhentian, kat FB kat Instagram. I also want to jump on the bandwagon lah mat saleh kata.

11th July 2017

Flight kami pukul 8.40am pada 11th July 2017. Tiket kapal terbang ke Kota Bharu kami beli masa murah pada tahun 2016. Kos flight pergi balik seorang RM 20 sahaja. Gila murah. haha

Kami pergi bertujuh. Sepupu-sepupu, kawan dan adik perempuan aku. Pergi ramai-ramai ni memang best, riuh dan tak boring. Cousins aku pulak jenis gila-gila punya, memang bising lah trip holiday ni.

Pukul 5am kami dah gerak ke KLIA2, tidur pun tak sampai 3 jam sebab kami pack last minute. Yang kelakarnya malam sebelum flight tuh elektrik putus. Aku dan adik pack barang dalam gelap bersuluhkan lampu handphone. hahaha. Sambil mengemas kena pulak bebel dengan mak sebab packing last minute.

Pukul 6am lebih begitu kami sampai di KLIA2, excited plus geram sikit sebab terlupa bawa bag kalis air. Tertinggal kat rumah, haha. Bag kalis air kira penting juga sebab masa snorkeling boleh simpan barang2 dalam tuh, tak adalah basah barang2 tuh.

Pulau Perhentian
KLIA2

Pulau Perhentian
Our group !

Kami sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu pukul 9.30AM. Sampai je terus cari grab car. Sebab di Kota Bharu tak ada Uber, so kita ambil lah Grab Car. Biasa kat Klang kami lebih banyak guna Uber. Kos pergi ke Jeti Kuala Besut RM 70 satu kereta, kami ambil 2 kereta.

Sampai kat Jeti Kuala Besut boleh lah jalan-jalan kejap kat situ, ambil gambar dan beli jajan sikit untuk bawak ke Perhentian nanti. Ni penting, sebab kat Perhentian air botol mineral boleh cecah RM 6 ke RM 7 satu botol. So, selagi boleh beli je banyak2 air botol 1.5 liter tuh kat Jeti. Kami beli roti, biskut dan air mineral buat bekal kat Perhentian.

Jeti Kuala Besut
Ni masa kat Kuala Besut, jalan-jalan ada mural ni..cantik

Okay, dah siap beli2 barang, boleh lah pergi beli tiket bot nak ke Perhentian. Kami dapat harga RM65 sorang untuk bot pergi balik. Sebelum naik bot, kena beli tiket Taman Marin di jeti Kuala Besut yang berharga RM5.

So total untuk kos boat dan Taman Marin seorang adalah RM 70.

Pulau Perhentian
Yeay dah sampai !!

Perkara pertama kami buat masa sampai di Perhentian adalah pergi check in bilik. Kami tinggal di Senja Bay Resort masa ni. Gigih jugak lah nak naik ke bilik kami sebab chalet tinggi kena naik tangga.

Pulau Perhentian
Senja Bay Resort

Dah rehat-rehat sekejap kat dalam bilik, cousin cadang kita pergi windmill. So, ayuh..

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian

Cantik pemandangan kat sini, tapi nak naik bukit ke atas tuh punya lah penat. Sampai kat atas ni semua lencun berpeluh. Muka dah selebet haha. Ingat bawak air mineral bila nak naik ke sini, sebab dekat 40 minit jugak lah kami mendaki. Oh dan, nak naik ke windmill ni kena ke Long Beach, so kena lah masuk hutan sikit dari chalet kami nak ke long beach, baru naik bukit ke windmil.

Tapi the view is so worth it lah. Sangat cantik..

Malam hari pertama ni kami makan buffet kat Shari-La Resort. Sorang buffet berharga RM 20 seingat aku. Makanan dia boleh lah bagi kenyang malam pertama. Dan view dia pun cantik.

Okay, that's all for day one. Next entry for 2nd and 3rd day.

Daaa..

Pulau Perhentian

Thursday, July 27, 2017

Suzie's Diary # 1

28th June 2017 - 12:02AM

As i was sitting on a couch today, my cat Abu was sitting near the front door, looking at the outside view. This is normal, he did this all the time.

I was reading a book at that time, i glance at Abu once in a while. He was really distracted with whatever is happening outside.

I made my own guesses, that he was listening to birds chirping, looking at butterflies flying, and once in while, turn his head around to the clicking sound of house lizards.

I wonder what's in his mind? Maybe

"oh I'm gonna catch those birds one day, that chirping sound of theirs is driving me nuts"

"One day I'm gonna learn how to fly just so I can catch all the butterflies, they're flying so happily it irritates me"

"That lizard again, it's mocking me coz everytime i catch it master will smack my head and force me to spit it out of my mouth. I'm gonna catch you too..one day"

As the time goes by, I realized I've spent a good 30 minutes thinking of what might be in Abu's head.

And this happen occasionally throughout the day coz i need to get my head off the John Grisham's book titled Rouge Lawyer once in a while. This book is making me thinking a lot. I've finished reading it btw, it's such a great novel. Although I dislike the ending, i need more, say..5 more pages? That will do..

Anyway.. tomorrow is working day. Not looking forward to it coz my boss texted me this morning about work, and I've just read it 1 hour ago. Didn't even switch on my phone for 3 days. Hah..

Toodles <3 p="">

Tuesday, April 4, 2017

Obses

Assalamualaikum,

Korang pernah tak terlalu obses dengan sesuatu sampaikan rasa macam tak boleh hidup tanpa benda tuh?

Aku pernah, banyak kali, dengan benda dan perkara yang berlainan.

Contoh masa kecil, aku obses dengan pensil tekan, aku rasa pensil tekan itu sesuatu yang sangat menarik, sangat unik. Sampaikan aku belajar sendiri, macam mana nak baiki pensil tekan yang rosak. Umur 10 tahun waktu tuh. Rasanya 3 tahun jugak aku terlalu obses dengan pensil tekan, aku tak beli banyak, aku beli satu dan aku akan jaga elok-elok, bila dia rosak aku baiki sampai boleh, sampai aku dapat guna balik..

Lepas pensil tekan, aku obses dengan ais batu. Yaa..ais batu. Gigit kunyah ais batu. Aku tak suka kunyah ais batu yang nampak licin, aku suka ais batu yang ada banyak ruang udara dalamnya. Rasa seronok mengunyah. Waktu tu aku sekolah menengah, kerja part time di warung nasi lemak. Banyak masa aku habiskan di tempat simpanan ais, hanya untuk mencari ais batu yang ada banyak ruang udara, dan mengunyah di situ krukkk krukkk. Gila...

Lepas satu ketika, aku obses dengan Shah Rukh Khan. tak tipu..

Pernah sekali aku menangis sebab terkenangkan nasib aku yang aku tak akan pernah berpeluang untuk berjumpa dengan Shah Rukh Khan. Masa tuh hebat penangan cerita Khabi Kushi Kabhi Gham, Kutch Kutch Ho Ta Hai, Kal Ho Na Ho, Mohabbatein banyak lagi.. Masa aku dapat tahu yang dia sebenarnya sudah berkahwin, aku rasa benci gila dengan wife dia, obses wehh obses.. haha

Kenapa lah dia hensem sangat dalam Kal Ho Naa Ho..


 Hai Rabba..

Lepas tu aku obses dengan Bigbang, terutamanya G-Dragon..

Pergi konsert diorang, beli album diorang, lagu semua aku hafal. Obses lagi..

Baru-baru ni aku perasan yang aku mulai obses dengan buku nota kosong. Buku nota, buku diari, apa-apa sahaja buku kosong. Pelik kan? aku pun pelik..

Aku beli buku nota, dan aku tak tulis apa-apa pun dalam buku tuh. Aku just nak beli je, dan simpan dalam laci. Kadang-kadang aku rasa macam kalau tak beli aku menyesal nanti. Kelakar lah.. korang ada rasa nak tunjal dahi aku tak? hahaha

Korang obses dengan apa? share lah :)


By Suzie Yusuh
4/4/2017 9.48PM
Nak cepat siap menaip ni
aku nak cari Abu, dari tadi dia tak balik-balik rumah
Aku rasa aku dah obses dengan Abu..lol


Menulis

Assalamualaikum,

Hello.. Lama dah tak menaip ni. Rasa macam berkurun dah tak jejak blog sendiri.

Aku hampir lupa apa sebabnya masa mula-mula dulu aku create blog ni. Bila ingat balik, alasannya kenapa aku buat blog adalah sebab aku suka menulis, bercerita, dan berkongsi apa-apa sahaja yag menarik perhatian aku.

Dulu masa kecik, aku selalu habiskan masa menulis diari. Banyak.. ada lah dalam 10 buah buku juga aku jadikan diari. Semuanya aku tulis, dari cerita pasal keluarga, kawan, sekolah, kerja, semualah yang penting.

Kalau gaduh dengan adik beradik, aku habiskan masa aku tulis diari, cerita kenapa kami gaduh. Agak kelakar juga bila ingat balik, sebab ada ayat-ayat yang makan hati betul dalam diari tuh. Emosi budak-budak baru nak jadi remaja. Gaduh bukan sebab benda serious pun kadang, pasal berat sebelah adik beradik yang lain, kenapa kakak sayang adik lebih, selalu bekap adik lebih, kita ni macam anak terbuang, gituh lah.. budak-budak. haha

Aku tak berhenti langsung menulis diari, sampai aku tingkatan 5. Lepas tingkatan 5, dah mula berkerja, masa tuh semakin terhad untuk menulis diari. Aku kerja siang, belajar part time malam, mana ada masa. Balik pun dah pukul 11 malam, penat terus tidur.

Lepas beberapa bulan berekrja selepas SPM, masa tuh macam sekarang ni jugak lah, aku teringat balik aku suka menulis diari masa sekolah menengah, tapi macam tak sesuai je zaman sekarang ni bawa buku diari, jadi aku pun mula berjinak-jinak dengan blog.

Maka terciptalah blog Alfredshin ni.

Niat di hati nak lah, berkongsi apa-apa sahaja dalam blog ni, berkenalan dengan kawan-kawan baru, seronok bila fikir balik masa tuh. Aku habiskan masa mencantikkan blog aku, masa tuh warna-wani blog aku ni, siap ada lagu lagi, haha..

Tapi sebab dah dewasa dani, bukan budak-budak lagi, maka aku simple kan blog aku ni jadi macam sekarang. Tak ada lah orang pening nak baca. hihi

Selain diari, sebenarnya aku suka tulis cerpen, cerita cinta (uweek), cerita dongeng..

Adik aku suka gila dengan cerita dongeng aku. Sebab kenapa aku suka tulis cerita dongeng, sebab pengaruh Harry Potter. Even sampai sekarang aku peminat tegar Harry Potter. So aku pun tulis lah pasal magic segala bagai tuh. Seronok tau, bila adik baca dia suruh aku update cepat-cepat chapter yang seterusnya. Macam ada peminat pula, haha. Dia seorang je yang baca pun, tak ada orang lain, tak berani.

Tapi tak tahu mana pergi buku tuh, mana pergi diari aku, ada lagi simpan satu diari dalam laci bilik, malu nak baca balik sebab tulisan budak-budak, emosi tak tentu hala punya tulisan, tak membina minda pun. kahkahkah.

Wahh..seronok aku menaip ni, sebab aku taip nonstop, terus tulis apa yang aku fikir nak taip :)

Niat di hati aku, nak aktif balik menulis, bercerita, berkongsi. Dulu aku betul-betul komited dengan blog aku, satu hari aku boleh buat 3 entry. Sekarang setahun baru 2 atau 3 entry. Malu dengan diri sendiri, rasa macam dah tak macam dulu, dah tak menarik macam dulu, dah boring..

Menulis ni kan, bagus.. Kalau ingat balik dulu masa aku start tulis diari adalah sebab aku tak ada tempat nak luahkan apa yag aku rasa. Semua aku pendam sendiri, marah sedih gembira semua aku pendam. So bila aku ada diari tuh, aku rasa lega, rasa macam buku tuh tempat aku luahkan perasaan. Aku dibenarkan rasa marah, aku dibenarkan rasa menangis sambil menulis, aku dibenarkan merasa gembira yang teramat sangat sampaikan 4 atau 5 muka surat diari tuh penuh dengan luahan rasa gembira tuh.

Seronok kan?

Tapi aku harap tak ada orang yang jumpa diari aku tuh, sebab dalam tuh banyak sangat memaki orang. haha..

Semoga, semoga lah semoga, aku aktif kan diri balik menulis, atau menaip, aku nak rasa balik perasaan tuh. Bila kita excited nak menulis, itu lah perasaan yang aku nak rasa balik.

Ok lah.. aku menaip ni pukul 2.47am. Tadi aku pergi 99 Speedmarket, dia ada sale air tin nescafe tuh jadi RM 1 jer satu tin, aku beli 3, sekarang aku tak boleh tidur, esok kerja ni. haha padan muka

by Suzie Yusuh
4/4/2017 2.47am
baring sebelah Abu dalam bilik tidur
Abu kucing aku..

K bye


Friday, February 17, 2017

TIPS - Hilangkan Jerawat Belakang Badan

Hello you guys !

Okay harini I just nak berkongsi tips macam mana I hilangkan jerawat di belakang badan.

Rasanya ramai ada masalah jerawat belakang badan ni.

Antara sebab-sebab jerawat belakang badan ni ialah :

1. Hormon
2. Terlalu banyak makan makanan pedas atau berlemak
3. Penggunaan ubat tertentu
4. Stress

Cara-cara nak menghindari dari munculnya jerawat belakang badan ni mudah je.


  • Banyakkan makan buah-buahan.
  • Minum banyak air (8 gelas sehari)
  • Mandi 2 kali sehari, jangan malas ! hehe. Dah berpeluh jogging ke apa, jangan terus mandi, bagi peluh kering dulu baru mandi. Jerawat dan panau pulak nanti muncul.
  • Jaga makan, kalau boleh kurangkan lah makanan berminyak dan berlemak sangat. Faktor makanan ni yang paling kena jaga. okay? :)
  • Pakai baju yang longgar, jangan terlalu ketat. Sebab baju yang ketat dan berkemungkinan tak menyerap peluh boleh menyebabkan jerawat di belakang badan.
  • Boleh guna bahan-bahan seperti buah lemon, tomato, soda bikarbonat dan putih telur untuk disapu pada belakang badan untuk hilangkan jerawat.
Dan yang ni guna produk. Setakat ni I guna ni pun dah memadai.

Sabun Susu Beras !


Buat yang malas nak guna kaedah yang kat atas tuh, boleh lah beli sabun ni je. Agak mahal sebenarnya. Kadang kedai jamu ada yang jual satu ketul RM10, atau paling murah pun RM5.

Wangi pun wangi, dan boleh juga cerahkan kulit. I seriously suka sangat dengan bau sabun susu beras ni.

Okay, kalau ada sesiapa yang nak murah dan duk area Port Klang dan Klang, boleh lah whatsapp 0183136218. Free COD kalau area dekat-dekat Port Klang.

RM 4 - 1 pc
RM 8 - 2 pcs
RM 10 - 3 pcs

Kalau beli lebih dari 10 pcs harga jadi RM 3 seketul.

Okay that's all you guys. See you guys in the next post!!

Toodles :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...