Thursday, September 19, 2013

Jakarta Short Trip - Single trip

Assalamualaikum,

Aku memang suka travel sorang-sorang, tak suka ikut group yang ramai sebab susah kalau pendapat berlainan ni.

Dan lagi aku ni memang peminat BigBang, band group dari Korea Selatan. Like seriously, kalau diorang ni datang Malaysia aku memang tunggu nak beli tiket tengok performance diorang. Umur dah tua tapi masih macam ni..kehkeh :')

Jadi short trip ke Jakarta ni sebenarnya nak tengok konsert G-Dragon, salah satu ahli kumpulan BigBang. Sanggup kan aku..wakaka.

G-Dragon One Of A Kind World Tour

Tiket kapal terbang, tiket konsert aku dah siap-siap beli dari awal. Konsert pada 15 June 2013, terbang ke Jakarta guna Tiger Airways pada 15 June 2013 dan pulang ke Malaysia pada 16 June seawal pukul 8 pagi waktu Indonesia. Gituhh..

Aku tak tempah hotel bagai, aku tido dekat airport. wahahaha. Jangan ingat tak boleh, semua pun boleh, tido di airport adalah perkara yang tak mustahil untuk orang yang travel untuk short period macam aku.

Aku travel bersorangan, memang berani habis lah pergi sorang-sorang. Dah lah 1st time pergi Jakarta, maka terping-pinga lah aku bersorangan masa sampai Jakarta Airport (Soekarno-Hatta) Indonesia.


Makan biskut masa kat LCCT, aku tak makan apa pun dari pagi. Sampai kat Ancol baru aku dapat makan.

Terminal 3 Soekarno Hatta Airport - Indonesia

Sebelum sampai haruslah search jalan nak ke Mata Elang Stadium, Ancol. Sampai sahaja di airport Terminal 3 Soekarno Hatta Airport terus belok ke kiri dan akan kelihatan teksi serta bas.

Yang ni aku kena bagitahu, teksi kat Jakarta dibahagikan kepada beberapa jenis. Teksi Blue Bird adalah yang paling boleh dipercayai. Ingat ya, Blue Bird.

Teksi Blue Bird - Google Image

Mula-mula masa nak ke Mata Elang stadium, kena ambil bas dari airport. Bas Damri menuju ke Mangga Dua. Beli tiket bas harga 25 ribu Rupiah dalam RM 7.00. Ada kaunter kecik kat sebarang jalan, beli tiket bas kat situ. Tips ni kalau korang nak ke Mata Elang Stadium macam aku, jangan ambil teksi, walaupun pakai meter, tapi boleh mencecah 130 ribu rupiah, lebih kurang RM 36.

Jadi aku pun naik lah bas ke Mangga Dua, daripada Mangga Dua barulah ambil teksi ke Mata Elang Stadium Ancol. Tambang teksi ke Ancol dari Mangga Dua lebih kurang 50 ribu Rupiah, RM 14.

Dalam bas menuju ke Mangga Dua. Masa ni trafik tak sesak, tapi masa dah sampai kat Mangga Dua tuh memang sesak, fuhh memang menguji kesabaran aku jugak. Lagi satu masa aku ke Jakarta ni, adik aku whatsapp aku katanya Indonesia kena gempa bumi. Punya lah risau dia, terus whatsapp aku. Masa sampai Mangga Dua tuh banyak teksi yang aku tahan tak nak hantar aku, katanya banjir kat Ancol. Nasib baik ada sorang driver teksi ni boleh hantar, tapi ikut jalan yang jauh sikit lah sebab nak elak banjir.

Sampai pun Mata Elang Stadium

Itulah stadiumnya. Mata Elang Stadium, Ancol.

Sempat la jugak aku makan nasi goreng kat dalam Ancol shopping centre tuh. Sedap jugak :D


G-Dragon One Of A Kind Concert - Jakarta
Yang ni pemandangan waktu malam. Cantik ok tempat ni, dahlah tepi pantai. Tapi masa ni hujan rentik-rentik gitu. Sejuk, aku pulak bawak jaket nipis je. Ku kira Jakarta hangat seperti di Medan kayak hari itu wa ke Medan bersama family, rupa-rupanya dingin.

G-Dragon One Of A Kind Concert - Jakarta
Ni masa belum start konsert, aku beranikan lah jugak ambik satu keping. Takut jugak aku kalau-kalau pak guard kat situ marah ambik gambar.Masa konsert dah start terus lupa pasal nak ambik gambar, masa ni Top adalah guess artist. Ya..Top yang rambut biru tuh.

Bigbang Top
TOP
T___T

Pasal konsert, aku tak nak cerita. Kang korang bosan. haha :P

Habis je konsert aku terus ambik teksi ke Airport balik. Haa pandai-pandai lah aku cari tempat duduk nak tido. wakaka. Punyalah sejuk weh masa tuh, rasa macam kesian pun ada kat diri sendiri. Travel sorang-sorang ke parantauan. Bhahaha.  

Oh lagi satu nak bagitahu, yang 1st time nak travel ke Indonesia, ingat sediakan duit rupiah masa nak balik ke Malaysia. Airport tax akan dicaj masa nak travel balik, kiranya masa nak ambil boarding pass tuh akan diminta airport tax ni, lebih kurang 100 ribu rupiah. Aku tak tahu hal ni mula-mula, duit rupiah dalam poket pun tak cukup. Haha. Jangan tanya macam mana aku boleh lepas daripada ambil boarding pass, pengalaman yang agak vongoks aku rasa. But still, I gain knowledge from the experience. hollll :P

G-Dragon OOAK Concert in Jakarta

Sky is bright
I've come back
To see if you wait for me
In that rain
In that storm
without umbrella
without rain coat
will you wait for me

Till then peeps.. Bubye :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...