Saturday, December 21, 2013

Traveling to Medan (Indonesia) - Day 1

Assalamualaikum..

Gigih menunggu gambar sepanjang di Medan dari adik aku, tak dapat-dapat jugak sampai ke hari ni, jadi tak apa lah..aku buat jugak entry ni guna gambar yang sedia ada. At least ada juga bahan nak buat entry..haha.

Its been a while since the last time we travel to Medan, most of my relatives lives there. Ada jugak 16 tahun tak ke sana. Bila jumpa saudara-mara semua, satu pun tak kenal aku siapa. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang..haha. Dulu aku hitam, sekarang aku kuning..lol. Parents aku orang Medan, tapi kami adik beradik 5 orang lahir di Malaysia, kecuali kakak dan abang sulung aku.


Dah lama tak naik kapal terbang, selama mana aku tak balik ke Medan tuh, selama tuh jugaklah aku tak pernah naik kapal terbang. Jadi ada sedikit rasa teruja bila naik. Kami naik FireFly. 3 orang punya tiket dalam RM 600 lebih kurang. Bolehlah, tapi aku prefer Malindo Airlines, kapal terbangnya lagi besar dan tempat duduknya lebih selesa.

Landing je di Polonia International Airport (sekarang airport ni dah tak ada, dah tukar ke Kuala Namu International Airport), aku dah rasa bahang panasnya cuaca di Medan. Turun je kapal terbang aku dah berpeluh-peluh.

cr to Panoramio

Gatal sangat pakai high heels haa ambik kau, malam tuh kaki memang kebas. Sebab daripada kapal terbang landing nak ke dalam balai ketibaan tuh jauh woii menyesal pakai high heels yang dah 10 tak aku sentuh. Beli semata-mata nak ke Medan je, sampai sekarang tak pernah digunakan lagi. hahahaha.

Oh ya lupa pulak, kami ke Medan ni bulan Mei 2013 sebab abang saudara aku kahwin. Boleh hidu bau basi tak? tehee..

Masa kat imigresen lagi kelakar, adik aku kena soal macam-macam. haha. Nasib baik nama aku ada perkataan Tampu (orang Medan taulah apa maksud nama Tampu tuh), so lepas pegawai tuh cop passport aku, aku terus dapat keluar. Yang adik aku pulak terpinga-pinga nak kena jawab soalan dari pegawai tuh. Tanya nak buat apa kat Medan, dengan siapa, ada apa urusan yang penting. Muka dia lepas dari imigresen tuh cuak gila..kahkah.

Keluar je dari pintu ketibaan, mak cik, pak cik, abang saudara aku yang dah bertahun tak jumpa semua ada kat depan pintu keluar. Kena peluk kuat-kuat baru mak cik aku tanya "siapa ni!!" hahahaha. -_-"

Mungkin sebab aku tinggi, mak cik aku tepuk tepuk lengan aku dengan kuat pastuh jerit lagi "tingginya kau !!!" aku rasa macam kena marah, tapi sebenarnya mak cik puji aku tinggi. oh well..tapi sakit jugak kena tepuk kat lengan..T__T

mak cik aku yang sebelah kanan tuh..mak aku yang kiri. pak cik aku yang duduk sebelah mak aku tuh.
masa ni dah sampai rumah mak cik aku dah, duduk-duduk borak sampai lah malam.

adik aku..rindunya tempat ni, boleh dikatakan setiap masa akan kedengaran bunyi hon motor dan angkut (angkut tuh macam beca tapi pakai motor). Setiap masa akan kedengaran, sampai ke malam.

View dari bilik aku, nampak macam sejuk je kan cuaca, tapi panasnya masa ni.

Malam tuh abang kandung aku yang dah bertahun tak jumpa datang rumah mak cik, maka bermulalah sesi menangis...hahaha..aku agak ada 12 tahun tak jumpa dia, mak pun sama. Abang kandung kan, haruslah rasa sedih sebab lama sangat tak jumpa. Masa dia kahwin pun kami tak dapat nak terbang ke Medan, sampai-sampai je Medan aku dah ada kakak ipar dan anak saudara. Kahkah..

Tahun ni ada rezeki lebih maka kami pun buat keputusan untuk ke Medan.. *ayat skema dangdut

Kakak ipar, abang, anak buah dan mak..lama wooo tak jumpa abang aku. Muka aku dengan dia paling iras sekali. haha

Nama anak buah aku tuh Simon.

Hari pertama ni kami tak ke mana sangat, sebab penat lagipun lama tak jumpa abang and saudara yang lain, jadi kami banyak berborak. Pasal kerja aku sekarang, dah ada boyfriend ke belum, haha..bila aku cakap aku belum ada boyfriend, mak cik aku siap nak kenalkan aku dengan lelaki Medan lagi you..hahaha. Bukan mak cik aku je, saudara mara aku yang lain pun sama, boleh dikatakan setiap hari lah akan dengar ayat tuh. "mau ngak dikenalkan sama orang sini, yang kerjanya elok-elok". hohoho..hampir-hampir aku cakap nak. kahkah. Tengoklah, kalau tak ada orang Malaysia nak kat aku, aku cakap nak je lah kat Mak Cik aku..LOL.

Satu pun  tak ada kan gambar aku hari pertama ni, tak apa..teaser untuk hari seterusnya..

Saloma bangat loh..

Ok Bye..

Any question and enquiries, you can find me on :
Twitter
Instagram
Facebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...