Friday, March 14, 2014

Tips Putihkan Kulit

Assalamualaikum..

Tips ni yang paling orang suka cari kan kan kan? boleh dikatakan setiap hari orang baca blog aku sebab nak tau tips cerahkan kulit. Sebelum tu mari tengok diri aku yang dulu.

Tips Putihkan Kulit
nama panggilan aku dulu adalah Betty. alaa the ugly Betty tu? Yo Soy Betty La Fea..haha. aku yang paling kanan sekali.

Tips Putihkan Kulit
I'm so pale..tskkk

Tips Putihkan Kulit
ni masa kulit dah cerah but the problem is...pimples oiii !!! jerawat pasir, jerawat batu, namakan aje, semua ada..ishh ishh ishh

Asalnya aku memang mempunyai kulit yang agak gelap. Dari masa kecik-kecik dulu aku dipanggil birong. Dalam bahasa batak, birong itu bermaksud hitam. Adik beradik aku yang lain semua cerah macam cina. Dahlah sekolah cina, lagilah orang ingat cina.

Aku pun macam wanita lain jugak, nak juga jadi cerah sikit. Jadi aku usaha sendiri-sendiri, cari tips dan follow tips-tips orang lain. Yang penting kena rajin, jangan malas. Arasso?

1. Vitamin C

Vitamin C (Tips Putihkan Kulit)

Vitamin C memang sinonim dengan pencerahan kulit. Aku takut jarum, jadi aku tak nak suntik. Better ambik supplement ni daripada mengadap jarum, senang hidup. hahaha. Aku amalkan satu biji satu hari, letak dalam office. Lepas sarapan pagi telan sebijik.

2. Losyen Pemutihan

Losyen (Tips Putihkan Kulit)

Sebelum pergi kerja, sapu satu badan. Masa kerja, setiap 3 jam aku sapu lagi loyen kat tangan. Bau harum je seharian, hahahaha. Boss pun naik menyampah dengan bau losyen ni dah. Kat rumah aku pakai losyen Vaseline yang besar sekali aku beli, kan nak sapu satu badan, ngerti? heee..

3. Sun Block

Sun Block Etude House (Tips Putihkan Kulit)

Haaa yang ni penting, so that kulit tak kena sinaran UV. Juga untuk mengelak daripada kena kanser kulit. Biar kulit tak terbakar. Aku pakai exactly macam dalam gambar ni. Sebelum ni aku ada review, boleh baca kat sini - REVIEW

4. H2O (water)

Tips Putihkan Kulit

Senang cerita hampir semua gambar yang ada ni semua aku ambik dari office, so ini memang rutin aku setiap hari. Minum banyak air, boleh buat kulit kurang kering dan sentiasa lembab. Penting lagi dalam keadaan cuaca yang jerebu memanjang ni. Minum laa banyak-banyak tak kira la sampaikan kau kena ke tandas banyak kali, asalkan badan hydrated. Kulit pun sihat.

5. Kurangkan daripada terkena sinaran matahari

Tips Putihkan Kulit

Tips Putihkan Kulit

Setiap kali keluar naik motor, dua benda ni wajib. Wajib ok. Kulit tangan dan kakilah yang kebiasaannya lebih gelap dari kulit badan, ini sebab kita tak biasa pakai 2 benda ni. Pergi kerja, harus pakai stoking. Naik motor harus pakai glove dan stoking. Aku tak adalah sampai pakai glove tu dalam office, but naik motor je harus pakai.

6. Tomato/Lemon

Yang ni kalau korang rajin, minum jus tomato setiap pagi. Aku tak pernah try lagi, but macam nak try je. hihi. Kata orang boleh buat kulit putih kemerahan, terutamanya bahagian pipi. Comel je kan kalau pipi merah-merah, tanpa pakai blush. Comel...

Yang lemon pulak, haa yang ni aku dah try. Malam-malam kalau mandi, gosok badan dengan perahan lemon. Belah dua, then just perah sambil gosok kulit pakai lemon tuh.Wangi je badan, saya suka, saya suka *suara mei mei dalam cerita upin dan ipin. Kalau boleh jugak, minum perahan limau waktu pagi. Boleh mengelak kulit wajah daripada ditumbuhi jerawat.

Ok, aku rasa cukup dah ni. Try dulu, kalau boleh buat semua, buat semua sekali. Yang penting rajin dan tahu tujuan utama kita buat semua ni. Selain boleh putihkan kulit, juga boleh menjaga kesihatan.

Nah satu gambar, karang ada pulak yang cakap tips ni menipu. Kulit aku dah ok lah sekarang, tak ada jerawat and dah cerah daripada dulu.

Tips Putihkan Kulit

Oh ya, lagi satu kalau nak lebih sihat boleh jugak ambik supplement VCO.

VCO (Tips Putihkan Kulit)

Nak ambik yang softgel pun boleh, nak yang liquid macam dalam gambar ni pun boleh. Aku sekarang prefer yang liquid sebab, Vitamin C dah besar gedabak nak kena telan, pastu nak kena telan lagi softgel, tercekik kang. Lagipun bau yang liquid ni wangi, suka bau dia. haha.

Kalau nak beli boleh whatsapp, wechat, kakaotalk atau sms kat 0172609578. Whatsapp, wechat, kakaotalk dan sms sahaja ok mbak mbak bapak bapak.

Ok itu sahaja...much love muah muah sayang lebih teheee :)

Iklan

Jubah dan Blouse yang comel-comel boleh dibeli di Yeojahana.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...