Wednesday, January 27, 2016

Tips untuk lipstick tahan lama

Hello there,

Kali ni nak share tips untuk lipstick tahan lebih lama. Biasanya selepas makan, minum dalam sehari tuh, pasti lipstick akan jadi pudar atau jadi kering dan kulit mati akan kelihatan.

So kalau guna tips ni, lipstick akan lebih tahan lama dalam sehari.

Sebelum step bergambar di bawah, first thing korang kena buat ialah scrub bibir dan sapu Vaseline or lip balm pada bibir.

Cara yang paling mudah ialah guna je gula dan madu. Gosok pada bibir dengan lembut dan lap dengan tisu.

Kemudian sapu Vaseline atau apa-apa sahaja jenama lip balm yang korang ada.

Scrub untuk menghilang kulit mati supaya lipstick tak capuk nanti, vaseline pula untuk bagi lembab bibir.

And then boleh lah guna step di bawah.

Tips for Lipstick stay longer

1. Bibir yang dah discrub dan disapu vaseline.
2 & 3. Sapu gincu yang korang suka pada keseluruhan bibir.
4. Letak tisu pada celah bibir dan tekap bibir untuk buang lebihan lipstick.
5. Korang boleh guna bedak debu atau apa-apa sahaja bedak kompak yang ada. Better guna bedak debu. Aku guna Clinele Compact Powder sebab bedak debu I dah habis masa ni -__-"
6. Sapu sedikit bedak pada seluruh bibir.
7. Bibir yang sudah disapu bedak.
8. Oles sekali lagi gincu yang sama pada keseluruhan bibir.

And then tadaaaa.... siap dah.

Kalau korang nak nampakkan bibir menjadi lebih berdimensi, boleh lah sapu sedikit eyeshadow berwarna pink cerah atau warna putih glitter pada bahagian tengah bibir.

Memang tahan lama lipsticknya pada bibir untuk sehari. Kalau dulu lepas makan je dah pudar sikit.

Okay u gaisss..that's all for today.

See u guys in the next entry..peace !


===============================

Iklan

Jubah dan Blouse yang comel-comel boleh dibeli di Yeojahana.


Sunday, January 24, 2016

Makeup test 01 - My sister

Hello there,

Hari ni balik kerja setengah hari, tak buat apa di rumah, maka aku pun merajinkan diri menconteng muka adik sendiri. lol..haha

Dah tingkatan 5 dah dia ni, sekejap je dah dewasa. Rasa macam baru semalam dukung dia kesana kesini. haha.

Wajah sebelum mekap :


Makeup artist Klang dan Pelabuhan Klang

Wajah selepas mekap :


Untuk pertanyaan mengenai mekap nikah/sanding/tunang boleh whatsapp di 0172609578 ya.

I tak charge mahal, haha. Sebab baru lagi, but i'm slowly improving myself. InsyaAllah :)

Ok peeps ! bubye..

Thursday, January 14, 2016

Jubah Dan Blouse yang comel-comel

Hi there !

Honestly, aku jarang beli baju online. Sebab takut kena tipu. haha.

So disebabkan takut kena tipu, jadi aku rasa better aku sendiri jual baju kat orang.


Yeoja Hana

Kalau rajin dan rasa nak beli blouse yang comel-comel dan lawa boleh lah singgah ke Yeoja Hana ya..








Semua memang comel-comel dan cantik warnanya. Rasa macam nak grab setiap satu untuk diri sendiri je. lol..

Facebook : Yeoja Hana
Whatsapp : 0172609578

Ok peeps ! 


Wednesday, January 13, 2016

Pencuci wajah yang berkesan untuk kulit berjerawat

Hi there !

Rasanya blog aku ni ramai yang baca sebab ada beberapa tips untuk kulit wajah berjerawat. Ada yang aku dah delete atas sebab tertentu. Tapi kalau ada yang nak baca, ada satu entry ni sahaja yang aku kekalkan dalam blog.

Tips untuk Masalah kulit Berjerawat - Epiduo Gel For Pimples

Untuk entry kali ni pulak nak share tentang pencuci wajah yang aku guna masa ada masalah jerawat, even sampai sekarang pun aku masih guna lagi. Maknanya it works perfectly fine untuk wajah berjerawat dan sensitif macam kulit aku untuk jangka masa panjang.

Walaupun sebenarnya kulit wajah aku dah tak banyak problem jerawat, cuma kadang-kadang saja jerawat timbul seketul dua ketul tuh memang ada.

1. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Disebabkan aku dah stop pergi ke klinik kulit dah, jadi aku independent kan diri sendiri cari pencuci wajah yang lebih kurang sama macam yang doktor bagi.

Cetaphil Gentle Cleanser ni sangat bagus untuk kulit sensitif dan kulit yang senang tumbuh jerawat. Lembut dan melembabkan kulit sebab kandungannya yang soap-free jadi kulit tak akan rasa kering yang boleh menyebabkan iritasi kulit. 

Harga : Satu botol kecil harga lebih kurang RM20++. Botol besar dalam RM60++. 

Mana nak beli : Guardian, Caring Pharmacy, Watson, mana-mana farmasi pun ada jual rasanya.

Tahan berapa lama : Botol kecil tahan lebih kurang sebulan. Botol besar tahan dekat 3 bulan.

Cara nak guna : Pump 2 kali ke tapak tangan yang kering, gosok pada kulit wajah yang juga kering, disebabkan kandungannya yang soap free, jadi memang tak akan terasa macam ada sabun pun, mungkin akan rasa macam tak bersih. Bilas dengan air suam. Tips aku, lepas cuci muka tuh, pakai lah toner.

2. Derma Health Skin Labs Sensitve and Dry Gentle Skin Cleanser


Derma Helath's SKin Labs Gentle Skin Cleanser
Pencuci wajah ni pulak alternatif kepada Cetaphil. Sebab harga dia lebih murah. Haha. Hampir 2 bulan jugak aku pakai, sebab nak try test produk pencuci muka yang lain. Juga lebih kurang sama macam Cetaphil, sangat lembut pada kulit, tak membuatkan kulit kering. Yang penting kalau nak beli pencuci muka untuk kulit wajah yang berjerawat, cari yang untuk kulit sensitif.

Harga : Satu botol medium harganya RM 30++

Mana nak beli : Masa aku beli tuh di Caring Pharmacy, tak pasti kalau farmasi lain ada jual. But Caring memang ada jual.

Tahan berapa lama : Setakat ni dah pakai hampir 2 bulan, masih ada suku lagi, meaning tahan lama jugak.

Cara nak guna : Sama macam Cetaphil jugak.

3. Ego QV Gentle Cleanser

Ego QV Gentle Face Cleanser

Yang ini aku belum try lagi, tapi masa aku rajin ke klinik Dr. Yap dulu, aku peratikan je produk yang diorang susun kat almari klinik, penuh dengan produk Ego QV ni. Aku assume memang bagus produk ni. Mungkin lepas ni nak try yang ni pula. Harganya lebih kurang Cetaphil jugak. Yang penting Soap Free dan bagus untuk kulit sensitif.

Kalau kulit ada masalah jerawat yang tak teruk, bolehlah try pakai pencuci yang aku mention kat atas. Kalau teruk sangat, pergilah ke klinik kulit, InsyaAllah boleh sembuh,

Yang duduk di Klang tuh, aku suggest ke Klinik Kulit Yap sahaja, senang dan murah. tak ada sampai beribu habis, paling maksimum pun korang habiskan around 300. Mungkin korang rasa mahal, tapi aku dah pergi beberapa klinik kulit, aku pernah berhabis dekat 2 ribu hanya untuk produk muka dan ubat di klinik kulit, memang bagus, cuma kalau nak pergi sana setiap bulan boleh jatuh miskin aku dibuatnya. At least lah, follow up appointment dekat klinik kulit selama 6 bulan, korang nak habiskan duit beribu ke ratus? jeng jeng jengggggg.....

Ok peeps. See u guys next time :)


Iklan

Jubah dan Blouse yang comel-comel boleh dibeli di Yeojahana.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...