Wednesday, August 30, 2017

Pulau Perhentian Kecil - Day 1

Assalamualaikum

Hello boys and girls.

Harini rajin sikit, jadi aku nak share pengalaman aku holiday di Pulau Perhentian Kecil. Walaupun sebenarnya ramai dah yang share pasal Pulau Perhentian, kat FB kat Instagram. I also want to jump on the bandwagon lah mat saleh kata.

11th July 2017

Flight kami pukul 8.40am pada 11th July 2017. Tiket kapal terbang ke Kota Bharu kami beli masa murah pada tahun 2016. Kos flight pergi balik seorang RM 20 sahaja. Gila murah. haha

Kami pergi bertujuh. Sepupu-sepupu, kawan dan adik perempuan aku. Pergi ramai-ramai ni memang best, riuh dan tak boring. Cousins aku pulak jenis gila-gila punya, memang bising lah trip holiday ni.

Pukul 5am kami dah gerak ke KLIA2, tidur pun tak sampai 3 jam sebab kami pack last minute. Yang kelakarnya malam sebelum flight tuh elektrik putus. Aku dan adik pack barang dalam gelap bersuluhkan lampu handphone. hahaha. Sambil mengemas kena pulak bebel dengan mak sebab packing last minute.

Pukul 6am lebih begitu kami sampai di KLIA2, excited plus geram sikit sebab terlupa bawa bag kalis air. Tertinggal kat rumah, haha. Bag kalis air kira penting juga sebab masa snorkeling boleh simpan barang2 dalam tuh, tak adalah basah barang2 tuh.

Pulau Perhentian
KLIA2

Pulau Perhentian
Our group !

Kami sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu pukul 9.30AM. Sampai je terus cari grab car. Sebab di Kota Bharu tak ada Uber, so kita ambil lah Grab Car. Biasa kat Klang kami lebih banyak guna Uber. Kos pergi ke Jeti Kuala Besut RM 70 satu kereta, kami ambil 2 kereta.

Sampai kat Jeti Kuala Besut boleh lah jalan-jalan kejap kat situ, ambil gambar dan beli jajan sikit untuk bawak ke Perhentian nanti. Ni penting, sebab kat Perhentian air botol mineral boleh cecah RM 6 ke RM 7 satu botol. So, selagi boleh beli je banyak2 air botol 1.5 liter tuh kat Jeti. Kami beli roti, biskut dan air mineral buat bekal kat Perhentian.

Jeti Kuala Besut
Ni masa kat Kuala Besut, jalan-jalan ada mural ni..cantik

Okay, dah siap beli2 barang, boleh lah pergi beli tiket bot nak ke Perhentian. Kami dapat harga RM65 sorang untuk bot pergi balik. Sebelum naik bot, kena beli tiket Taman Marin di jeti Kuala Besut yang berharga RM5.

So total untuk kos boat dan Taman Marin seorang adalah RM 70.

Pulau Perhentian
Yeay dah sampai !!

Perkara pertama kami buat masa sampai di Perhentian adalah pergi check in bilik. Kami tinggal di Senja Bay Resort masa ni. Gigih jugak lah nak naik ke bilik kami sebab chalet tinggi kena naik tangga.

Pulau Perhentian
Senja Bay Resort

Dah rehat-rehat sekejap kat dalam bilik, cousin cadang kita pergi windmill. So, ayuh..

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian

Cantik pemandangan kat sini, tapi nak naik bukit ke atas tuh punya lah penat. Sampai kat atas ni semua lencun berpeluh. Muka dah selebet haha. Ingat bawak air mineral bila nak naik ke sini, sebab dekat 40 minit jugak lah kami mendaki. Oh dan, nak naik ke windmill ni kena ke Long Beach, so kena lah masuk hutan sikit dari chalet kami nak ke long beach, baru naik bukit ke windmil.

Tapi the view is so worth it lah. Sangat cantik..

Malam hari pertama ni kami makan buffet kat Shari-La Resort. Sorang buffet berharga RM 20 seingat aku. Makanan dia boleh lah bagi kenyang malam pertama. Dan view dia pun cantik.

Okay, that's all for day one. Next entry for 2nd and 3rd day.

Daaa..

Pulau Perhentian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...